Skip to main content

Hiburan

Diganggu Stalker Sejak Awal Karier, Marc Sadique Mohon Jangan Keterlaluan - "Dah Block Pun Masih..."

Marc Sadique

Pelakon baharu, Marc Sadique akui dirinya pernah menjadi mangsa gangguan daripada individu tidak dikenali atau stalker di media sosial.

Menurut Marc, situasi tersebut telah menimbulkan rasa kurang selesa malah berlarutan sehingga melibatkan beberapa akaun palsu.

Advertisement

“Ye saya pernah dan sering diganggu oleh stalker. Pernah juga ada yang mengaku saya suka dia dan tag saya di sosial media setiap hari. Comment story berkali-kali.

“Saya pernah ambil pendekatan untuk bercakap dengan mereka baik-baik, block dan sebagainya tapi selepas itu datang balik dengan 5-6 acc yang berbeza,” katanya kepada Gempak.

Tambah Marc, meskipun dia cuba menyelesaikan perkara itu secara baik namun gangguan berkenaan tetap berulang.

Dalam masa sama, pelakon drama Abang Imam Minah Skauter itu turut menegaskan bahawa dia menghargai semua peminat tetapi berharap agar mereka tahu batas ketika berinteraksi.

“Saya tidak minta banyak, saya hargai semua orang yang meminati saya meskipun saya masih baharu dalam bidang lakonan, tapi saya hanya mahu mereka hormati privasi kami sebagai manusia.

“Sebab sejujurnya saya tak tahu nak cakap macam mana, saya faham jika mereka minat dan suka tapi perlu ada batas,” tambahnya.

Terdahulu, pelakon, Syarul Ezani juga mengakui berdepan dengan insiden sama sehinggakan peminat fanatik itu membuat kekecohan dimana sahaja lokasi dia berada.

Must-Watch Video

Advertisement