Skip to main content

Indonesia

Dikritik Sudah Kaya Masih Meniaga Online, Maia Estianty: “Kamu Kaum Rebahan, Malas…”

Astro Gempak maia (2)

Sekilas

  • Maia Estianty, pemuzik dan selebriti Indonesia, terus bekerja walaupun sudah hidup mewah bersama suami, Irwan Mussry.
  • Dia menjelaskan kerja keras mereka membantu menggerakkan ekonomi dan membuka peluang pekerjaan kepada orang lain.
  • Maia menegaskan ramai orang kaya di dunia tetap bekerja kerana terbiasa dan mahu melakukan perkara positif walaupun sudah mampu hidup senang.
Advertisement

Pemuzik dan selebriti Indonesiua, Maia Estianty memang dikenali sebagai seorang wanita yang sukses baik dari segi kerjaya mahupun kehidupan peribadi.

Berkahwin dengan usahawan terkenal Irwan Mussry, Maia sendiri telah memiliki kekayaan hasil karier dalam industri muzik. Meski dilihat sudah hidup cukup mewah, Maia tetap gigih bekerja, antaranya dengan berjualan di platform Tik Tok.

Advertisement

Namun tindakan Maia meniaga atas talian sempat dikritik segelintir netizen. Mereka menyifatkan sebagai ‘orang kaya’ Maia tidak perlu bersusah payah menjual barangan secara online.

Tidak berdiam diri, ibu kepada tiga anak lelaki tersebut memberi alasan mengapa dirinya dan suami masih bekerja walaupun sudah hidup senang lenang.

“Kamu kalau sudah kaum rebahan, memang malas,” ujar Maia di Need A Talk seperti dilaporkan Kompas sebelum menyambung: “Suami saya yang ada banyak pekerjaan juga masih ingin terus bekerja. Sehingga hari ini dia masih bekerja, jual jam.”

Pada pandangan Maia, kritikan yang dilemparkan kepadanya sebagai satu pemikiran sempit.

"Itu pemikiran yang sempit menurut saya. Padahal dengan tetap bekerja, saya juga membantu ekonomi bergerak dan secara tak langung membuka peluang pekerjaan kepada yang memerlukan,” katanya lagi.

Selain itu Maia juga mengakui sebagai wanita yang tidak boleh duduk diam atau tidak melakukan sebarang pekerjaan.

“Saya sudah biasa tidak duduk diam, terbiasa bekerja,” kata Maia.

Malah katanya, bukan dirinya seorang sahaja yang dilabelkan sebagai orang kaya masih terus bekerja. Sebaliknya ramai orang kaya di seluruh dunia masih bekerja kerana terbiasa melakukan hal yang positif.

“Ramai juga orang yang sangat kaya dan sudah terlebih mampu untuk menghidupkan beberapa generasi dengan kekayaan mereka tetap bekerja di usia tua.

“Ia sudah jadi satu kebiasaan (bekerja), terbawa sampai tua dan mereka tetap senang melakukan hal yang positif," ujar Maia lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

Yonex Mens HY Ultra Mens Badminton Shoes (WHITE / BLACK) - Sports Direct

YONEX EASY TEE

YONEX EASY TEE

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Hermanas Bawal Bushara

Hermanas Bawal Bushara

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Lavaletta • Anastasia Orchid Flat Sandals Orchid Flower Slippers 1cm

Must Watch Video

Advertisement