Skip to main content

Hiburan

“Empat Puluh Tahun Saya Dalam Industri, Setiap Kali Saya Nak Berhenti, Akan Ada Hamba Allah Yang Datang Menyuntik Semangat” – Aishah

Astro Gempak 253

Sekilas

  • Aishah menghiburkan kira-kira 2,000 peminat dalam konsert 40 tahun seni bertajuk "40 Chapters of Love" di Mega Star Arena dengan persembahan hampir tiga jam.
  • Konsert menampilkan lagu-lagu malar segar, lagu tradisional, patriotik, raya, dan antarabangsa serta duet bersama penyanyi undangan Ara Johari.
  • Aishah berkongsi rasa syukur dan penghargaan kepada peminat, keluarga, dan penganjur sambil berjanji akan terus berkarya jika diberi kesempatan.

Penyanyi tersohor, Datuk Aishah membuktikan aura dan pengaruhnya masih utuh apabila menghiburkan kira-kira 2,000 peminat menerusi Konsert Aishah: 40 Chapters of Love, Live in Concert yang berlangsung di Mega Star Arena baru-baru ini.

Sepanjang hampir tiga jam persembahan, penyanyi berusia 61 tahun itu tampil bertenaga menyusuri perjalanan seni lebih empat dekad menerusi pelbagai segmen yang menggambarkan evolusi kariernya.

vf


Aishah bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu malar segar yang menaikkan namanya, malah turut mempersembahkan lagu tradisional, lagu patriotik, lagu raya serta lagu antarabangsa seperti One Moment in Time nyanyian asal Whitney Houston.

Antara lagu yang dipersembahkan termasuk Camar Yang Pulang, Kau Sahabat Kekasih Teman, Fatwa Pujangga, Melukut Di Tepi Gantang, Bahtera Merdeka serta beberapa medley yang menghangatkan suasana.
 

vfd


Lebih istimewa, konsert tersebut turut menampilkan penyanyi Ara Johari sebagai penyanyi undangan yang bergandingan bersama Aishah menerusi lagu Kemaafan Dendam Yang Terindah.

Persembahan duet penuh emosi itu menerima sorakan gemuruh daripada penonton yang terpukau dengan keserasian vokal kedua-dua penyanyi.

Konsert berkenaan turut disaksikan ahli keluarga, rakan-rakan sekolah, teman universiti serta kenalan rapat Aishah yang hadir memberikan sokongan terhadap perjalanan seni penyanyi tersebut.

Berkongsi perasaannya di atas pentas, Aishah mengakui pernah beberapa kali terfikir untuk meninggalkan dunia seni, namun sentiasa ada insan yang hadir memberikan semangat untuk terus berkarya.

“Empat puluh tahun saya dalam industri muzik. Setiap kali saya nak berhenti, akan ada hamba Allah yang datang menyuntik semangat kepada saya.

"Beliau merupakan sahabat artis yang tidak dapat hadir pada malam ini.

“Beliau juga baru sahaja mengadakan konsert solonya baru-baru ini. Ketika saya sudah berputus asa, beliau memberikan saya kata-kata semangat.

“Terima kasih Nourul untuk kata-kata yang baik dan menaikkan semangat saya,” katanya ketika berucap di atas pentas.

“Alhamdulillah, pada usia 61 tahun saya masih boleh menyanyikan lagu-lagu saya,” katanya.

dvf


Pelantun lagu Janji Manismu itu turut meluahkan penghargaan kepada semua pihak yang menjadi tulang belakang penganjuran konsert berkenaan.

“Segala kata-kata semangat dan sokongan itu sangat bermakna buat saya.

“Saya nak kongsi momen istimewa ini dengan mengucapkan terima kasih kepada penganjur, pihak pengurusan, semua rakan-rakan, keluarga dan semestinya peminat yang sentiasa menyokong saya.

“Insya-Allah, jika dipanjangkan umur kita akan berjumpa lagi,” katanya.

Konsert penuh nostalgia itu akhirnya melabuhkan tirai dengan lagu ikonik Janji Manismu yang dinyanyikan beramai-ramai bersama seluruh penonton, menutup malam penuh emosi yang meraikan 40 tahun perjalanan seni Aishah.

Anda mungkin berminat dengan

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

PUMA MEN S GRAPHIC TEE PUMA FIT PUMA Black 52419801

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Must Watch Video

Advertisement