Skip to main content

Hiburan

Enggan Ulas Lebih, Adira Suhaimi Nak Biar ‘Jejaka Misteri’ Kekal Jadi Tanda Tanya - “Boleh Dikatakan Istimewa Sebab…”

Astrogempak ADIRA SUHAIMI

Sekilas

  • Adira Suhaimi enggan ulas lanjut tentang hubungan cintanya dengan jejaka misteri yang dikongsi di media sosial, namun mengakui lelaki itu istimewa dalam hidupnya.
  • Anak-anak Adira sudah berjumpa dan menerima kehadiran jejaka tersebut dengan baik, namun dia menghormati privasi keluarga.
  • Adira menegaskan perkongsian di media sosial adalah atas kehendaknya sendiri dan bukan gimik untuk perhatian.

Penyanyi, Adira Suhaimi enggan mengulas lanjut mengenai hubungan cintanya bersama dengan seorang jejaka misteri yang dikongsikan di media sosial baru-baru ini. 



Bagaimanapun, Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi tidak menafikan lelaki itu merupakan individu istimewa dalam hidupnya pada ketika ini. 

 

“Boleh dikatakan istimewa, sebab saya pun jarang kongsi mana-mana lelaki. Jadi saya minta doakan yang terbaik,” katanya kepada Gempak. 

 

Adira berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Talk To My Manager musim kedua yang berlangsung di Petaling Jaya pada Jumaat.

Pelantun lagu Sayang Orang Sama itu juga akui mahu berkongsi perkara yang perlu sahaja di media sosial dan meminta agar orang ramai boleh mendoakan yang terbaik buat dirinya. 

 

“Setakat ini apa yang boleh saya kongsikan adalah apa yang saya kongsi di media sosial sahaja. Itu saja. Saya kekal dengan cara itu dan mengharapkan doa yang baik-baik daripada semua. Insya-Allah,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Adira juga memberitahu anak-anaknya sudah berjumpa dan menerima kehadiran jejaka misteri berkenaan dengan baik.

 

"Alhamdulillah setakat ini anak-anak saya sangat selesa. Saya tak boleh kongsi lebih banyak kerana perlu menghormati keluarga," jelasnya.

 

Tegasnya, segala perkongsian yang dimuat naik di media sosial adalah atas kehendaknya sendiri dan bukan sekadar gimik untuk meraih perhatian

 

“Saya tak buat gimik. Apa yang saya kongsi di media sosial adalah perkara yang saya suka, tiada paksaan. Maknanya apa yang ada di media sosial saya itu adalah apa yang saya suka dan bahagia,” tambahnya. 

 

Terdahulu, perkongsian foto di Instagram yang memaparkan dia bersama jejaka misteri yang memiliki rambut panjang baras bahu mengundang pelbagai teka-teki dan spekulasi ramai.

Anda mungkin berminat dengan

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

SHEGLAM Glowchi Bouncy Highlighter

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

Must-Watch Video

Advertisement