Skip to main content

Hiburan

Fazley Yaakob Titip Pesanan, Elak Buka Aib Bekas Pasangan - “Masa Buat Memang Puas Tapi…”

Fazley Yaakob

Sekilas

  • Datuk Fazleey Yaakob menasihatkan pasangan yang sudah berpisah supaya tidak membuka aib bekas pasangan di media sosial.
  • Fazley berkata tindakan itu mungkin memberi kepuasan sementara tetapi akan menimbulkan penyesalan di kemudian hari.
  • Netizen bersetuju dengan nasihat tersebut dan turut berkongsi kebimbangan tentang kesan negatif kepada anak-anak yang membaca perkara tersebut.

Cef selebriti, Datuk Fazleey Yaakob memberikan pesanan buat pasangan yang sudah pun berpisah untuk tidak sesekali membuka aib pasangan di media sosial

Menerusi ciapan yang dibuat di aplikasi Threads, Fazley berpendapat tindakan tersebut hanya membuatkan seseorang itu puas buat seketika malah akan mengundang kepada penyesalan di masa akan datang.

“Kalau boleh lah kan, cuba elak buka aib bekas pasangan di media sosial.

“Masa buat tu memanglah geram dan puas, tapi satu hari nanti akan rasa. ‘Kenapalah aku bodoh sangat tak fikir panjang eh masa tu’,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa setuju malah turut menitipkan pesan yang sama buat pasangan yang sudah berpisah.

“Setuju sangat, takut menyesal di kemudian hari.

“Betul tu. Lagi sedih bila anak-anak dah pandai tengok dan baca. Kesian kepada anak-anak.

“Mantap Datuk, ini barulah lelaki matang,” komen netizen.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

GOOJODOQ 2 in 1 Handheld Camera Fan

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

ATLAS G5 HD Screen Macaron Handheld Game Console Mini Arcade 500 Game Charging Portable Game Players Game Box

Corolla Soft New Shoes

Corolla Soft New Shoes

HABIB Songket Collection

HABIB Songket Collection

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

POH KONG 999.9 Pure Yellow Gold 1/4 Dinar

Must-Watch Video

Advertisement