Skip to main content

Hiburan

Fazura Bagi ‘Hint’, Netizen Mula Teka Maksud 10/10

Menerusi hantaran ringkas di Threads, Fazura dilihat seakan-akan meletakkan satu tarikh berserta emoji 'tadah tangan' serta sejambak bunga.

Sekilas

  • Nur Fazura berkongsi nombor "10/10" di Threads yang melambangkan skala kebahagiaan dirinya.
  • Rata-rata peminat meneka nombor tersebut mungkin tarikh bahagia dan mendoakan kebahagiaan Fazura berterusan.
  • Fazura sebelum ini mengakui sedang melalui fasa tenang dan bahagia selepas menghadapi cabaran dalam hidupnya.
Advertisement

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu nombor di media sosial.

Menerusi hantaran ringkas di Threads, Fazura dilihat seakan-akan meletakkan satu tarikh berserta emoji 'tadah tangan' serta sejambak bunga.

Advertisement

"10/10 🤲🏻💐," tulisnya ringkas.

Membalas komen netizen, Fazura juga menyatakan nombor tersebut merupakan skala kebahagiaan dirinya.

"10/10 happiness saya tu sahabat.. hehe 😅🙈💫," balasnya.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meneka nombor tersebut bakal menjadi tarikh bahagia buat Fazura dan ramai peminat mengambil kesempatan mendoakan agar kebahagiaan yang dirasainya terus berkekalan.

"Anda bahagia, kami gembira.

"10.10.2026 ke kak faz..😆🫣🤣🤣🤣.

"10.10. Dengan Bismillah Akan Menyatu... ke?

"Awhhh... saya bahagia melihat kakak saya bahagia.

"Alhamdulillah... Segalanya dengan keizinan-Nya, kan kakak.

"Alhamdulillah. I jump, you jump sekali.

"Alhamdulillah. Semoga diizinkan Allah hingga ke syurga-Nya," komen netizen

Terdahulu, menerusi satu temu bual bersama sebuah stesen radio, Fazura berkata dia kini berada dalam fasa yang lebih tenang dan bahagia.

Malah, pelakon filem Pisau Cukur itu bersyukur kerana akhirnya berjaya melalui fasa sukar dalam hidupnya sehingga memberikan skala sempurna, 10 daripada 10.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement