Skip to main content

Hiburan

Gaston Pong Mara Ke Top 10 SuperMatch 5 By SamUIL Lee, Misi Harumkan Nama Malaysia - “Saya Perlukan…”

Lebih membanggakan, Gaston merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia yang masih kekal bersaing dengan bakat-bakat dari seluruh dunia bagi merebut peluang berduet bersama kumpulan fiksyen popular, Saja Boys dari filem animasi K-pop Demon Hunters.

Sekilas

  • Gaston Pong berjaya mara ke Top 10 dalam pertandingan muzik Supermatch 5 di aplikasi Korea, MUKU, sebagai satu-satunya wakil Malaysia.
  • Jika menang, Gaston akan berpeluang berduet dengan kumpulan fiksyen popular, Saja Boys dari filem animasi K-pop Demon Hunters.
  • Gaston mengajak rakyat Malaysia mengundi untuknya sebelum tempoh pengundian tamat dalam masa dua hari lagi.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Gaston Pong berjaya mara ke kelompok Top 10 dalam satu pertandingan muzik yang dianjurkan menerusi aplikasi Korea, MUKU iaitu Supermatch 5 by SamUIL Lee. 

Lebih membanggakan, Gaston merupakan satu-satunya wakil dari Malaysia yang masih kekal bersaing dengan bakat-bakat dari seluruh dunia bagi merebut peluang berduet bersama kumpulan fiksyen popular, Saja Boys dari filem animasi K-pop Demon Hunters.

Menerusi hantaran di Instagram, Gaston menyeru rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan menerusi undian bagi membantunya muncul sebagai pemenang.

Advertisement

"Hi orang Malaysia, saya perlukan bantuan anda. Kalau saya menang saya akan dapat peluang untuk berduet dengan Saja Boys dari K-pop Demon Hunters.

"Bulan lepas saya sertai pertandingan di aplikasi Korea bernama MUKU. Sekarang saya dah berjaya ke pusingan undian terakhir, Top 10. Kali terakhir saya semak kedudukan, saya berada di tempat ketiga. Saya satu-satunya wakil Malaysia yang bersaing dengan bakat dari seluruh dunia.

"Buat yang belum kenal saya, nama saya Gaston. Saya seorang penyanyi, penulis lagu dan penerbit muzik dari Malaysia. Kalau tak kenal saya, mungkin anda pernah dengar lagu yang saya terbitkan iaitu MWA! nyanyian DOLLA," katanya.

Sepanjang kerjayanya, Gaston pernah menghasilkan karya untuk artis K-pop, J-pop dan T-pop, semuanya dengan satu matlamat iaitu mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

"Sejak beberapa tahun ini, saya banyak fokus mengembara dan menghasilkan muzik di luar negara.

"Kalau anda mengikuti hasil kerja saya, saya pernah menghasilkan lagu untuk artis K-pop, J-pop dan T-pop. Sebab satu saja, saya nak letakkan nama Malaysia di persada antarabangsa dan buat korang bangga," ujarnya.

Mengakhiri perkongsiannya, Gaston berharap rakyat Malaysia dapat meluangkan sedikit masa untuk mengundinya sebelum tempoh pengundian berakhir.

"Saya betul-betul harapkan undian daripada korang. Kalau ada rezeki, kita menang sama-sama. Tinggal dua hari saja lagi untuk mengundi. Kalau ada masa, klik pautan di bio saya. Dengan menonton dua video, anda akan dapat dua 'beans' dan boleh mengundi saya sekali.

"Terima kasih banyak-banyak. Jom kita jadikan perkara ini kenyataan," tambahnya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement