Skip to main content

Hiburan

Gaya ‘Granger’ Hanya Untuk Jodoh Lebaran, Imranul Effendy Pilih Hitamkan Rambut - “Sentimental Buat Saya”

Imranul Effendy

Sekilas

  • Imranul Effendy memilih untuk menghitamkan rambutnya sebagai tanda mengakhiri gaya rambut ‘Granger’ yang pernah dipakai semasa menjadi penari latar lagu Jodoh Lebaran nyanyian Aisha Retno.
  • Gaya rambut tersebut mempunyai nilai sentimental bagi Imranul dan dia merasakan sudah tiba masa untuk menamatkannya.
  • Imranul juga bakal muncul dalam filem arahan Pierre Andre berjudul Nar’sata: Sekutu Setan bersama barisan pelakon terkenal seperti Trisha Ooi dan Mawar Rashid.
Advertisement

Pempengaruh, Imranul Effendy berkongsi sebab memilih untuk menghitamkan sepenuhnya rambutnya.

Menurut Imranul, dia mahu mengabadikan gaya rambut ‘Granger’ itu sebagai satu kenangan bersempena penampilan istimewanya sebagai penari latar bagi lagu Jodoh Lebaran, nyanyian penyanyi, Aisha Retno.

Advertisement

Ujar Imranul, gaya rambut itu mempunyai nilai sentimental yang tersendiri, justeru dia merasakan sudah tiba masa untuk ‘menamatkannya’.

“Sebab saya hitamkan rambut adalah kerana saya nak ‘matikan’ rambut gaya itu di projek Jodoh Lebaran.

“Gaya rambut itu sentimental untuk saya. Saya rasa sudah tiba masanya untuk saya biarkan ia berakhir di situ.Saya tak nak bawa rambut itu ke tempat lain dah,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Terdahulu, gaya rambut ‘Granger’ yang digayakan Imranum ketika terlibat dalam projek lagu Jodoh Lebaran telah menyoro perhatian ramai, terutama pengguna aplikasi Mobile Legend.

Dalam perkembangan lain, Imranul bakal tampil menerusi filem arahan pengarah terkenal, Pierre Andre yang berjudul Nar’sata: Sekutu Setan.

Selain Imranul, filem ini turut dibintangi barisan pelakon hebat seperti Trisha Ooi, Mawar Rashid, Khatijah Tan, Wan Hanafi Su, Aniq Suhair, Fadlan Hazim dan ramai lagi.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

Must Watch Video

Advertisement