Sekilas
- Kumpulan ALPHA menang Anugerah Video Muzik Tergempak 2025 dengan lagu P Ramlee Saloma.
- ALPHA berjaya kalahkan sembilan calon lain dalam malam kemuncak Gempak Most Wanted Award 2025 di MBSA, Shah Alam.
- Calon kategori ini mempunyai video muzik rasmi yang capai lebih 1 juta tontonan di platform digital.
Kumpulan popular ALPHA mencipta kejayaan apabila berjaya merangkul anugerah Video Muzik Tergempak 2025 menerusi lagu P Ramlee Saloma.
"Thank you God, thank you pengurusan kami. Thank you Astro," kata Daniel Sher mewakili ALPHA.
Sahut Araff; "Terima kasih Allah, rezeki yang kami dapat ini kami tujukan kepada ibu bapa kami."
ALPHA memenangi malam kemuncak Gempak Most Wanted Award 2025 yang berlangsung di MBSA, Shah Alam pada Ahad.
ALPHA berjaya menewaskan sembilan calon lain iaitu Hael Husaini (Alangkah), Wani Kayrie (Cak Cak Cekuk), Amira Othman (Dalam Sujudku), Black Hanifah (Hijab Rindu), Ernie Zakri & Anggi Marito (Kisah Penuh Kecewa), Bella Astillah & Ade Govinda (Lebih Indah Berpisah), Dolla (Mwa!), Mimifly (Nara) dan Aina Abdul (Sesaat).
Calon kategori tersebut memiliki video muzik rasmi yang memperoleh 1 juta atau lebih tontonan merentasi semua platform digital di dalam tempoh sah.