Skip to main content

Hiburan

GV Fantasia: Aril Pilus Di Jemput Ke Australia! Bakal Jadi… - “Baru Nak Syok...”

GV Fantasia: Aril Pilus Di Jemput Ke Australia! Bakal Jadi… - “Baru Nak Syok...”

Sekilas

  • Aril Pilus menerima jemputan ke Melbourne untuk menjadi juri dalam pertandingan tarian shuffle bertaraf antarabangsa.
  • Aril sedang fokus pada saingan ‘hot seat’ Gegar Vaganza Fantasia (GVF) dan akan susun jadual sebelum memberi pengesahan jemputan tersebut.
  • GVF menampilkan 25 calon termasuk bekas peserta Akademi Fantasia, membuka peluang mereka kembali menyerlah di pentas nyanyian.
Advertisement

Penyanyi dan pengacara, Aril Pilus mencuri perhatian selepas berkongsi telah menerima jemputan untuk ke Melbourne, Australia bagi terlibat dalam sebuah pertandingan tarian shuffle bertaraf antarabangsa.

Bagaimanapun, Aril secara berseloroh memaklumkan dia perlu menyusun jadual terlebih dahulu memandangkan kini sedang memberikan tumpuan kepada saingan ‘hot seat’ Gegar Vaganza Fantasia (GVF).

"Hah! Australia dah panggil suruh datang Melbourne represent Malaysia untuk Shuffle Battle Competition kat sana. Kita tengah vibe #GVFANTASIA ni, baru nak syok-syok nyanyi.

Advertisement

"It's okay mate! Let me arrange my schedule first, will give you confirmation after the Gegar Vaganza Fantasia voting result ya!" tulisnya.

Menerusi mesej jemputan yang dikongsikan, seorang individu yang menghubungi Aril memaklumkan pihaknya sedang merancang sebuah projek besar melibatkan pertandingan shuffle di Melbourne.

Individu berkenaan turut menyatakan hasrat untuk menjadikan Aril sebagai salah seorang juri bersama Redfoo dan Vanessa Seco kerana ketiga-tiga mereka dilihat mempunyai pengaruh serta pemahaman yang baik dalam tarian tersebut.

Advertisement

Sekadar info, Aril merupakan antara 25 calon bintang Hot Seat Gegar Vaganza Fantasia (GVF) yang berpeluang merebut tempat dalam pertandingan tersebut.

Selain Aril, beberapa nama popular bekas peserta Akademi Fantasia (AF) turut tersenarai, antaranya Khai dan Azizi (AF1), Adam dan Farah Anuar (AF2), Felix dan Amylea Azizan (AF3), Farhan dan Velvet (AF4), Ebi Kornelis dan Aswad (AF5), Riz Zaizizi dan Toi (AF6), serta Akim (AF7).

Senarai tersebut pastinya mengundang keterujaan peminat yang tidak sabar untuk menyaksikan persaingan antara bekas bintang AF berkenaan.

Malah, GVF dilihat sebagai platform untuk mengimbau kembali nostalgia Akademi Fantasia, selain membuka peluang kepada barisan penyanyi terbabit untuk kembali menyerlah dan membuktikan kemampuan mereka di pentas nyanyian.

SENARAI PENUH HOT SEAT GVF

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement