Sekilas
- Bella Astillah dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada Sabtu dengan majlis yang mendapat perhatian netizen terutama hantaran bertemakan ‘Green Forest’ yang unik dan penuh sentuhan peribadi.
- Hantaran Bella termasuk cincin, buku nota, wangian khas, makanan kucing dan barangan lain yang menunjukkan pemahaman dan keserasian pasangan tersebut.
- Bella sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Aliff Aziz dan mempunyai dua anak hasil perkahwinan tersebut sebelum berpisah pada Mac 2024.
Majlis pertunangan di antara pelakon, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berlangsung pada Sabtu masih lagi menjadi bualan hangat netizen.
Selain momen romantis pasangan tersebut, netizen juga turut tertumpu kepada hantaran yang disediakan Bella buat bakal suaminya.
Berkonsepkan ‘Green Forest’, hantaran itu juga dilabelkan sebagai cukup unik apabila netizen menyedari terdapat sentuhan peribadi di mana Bella mengambil kira sisi peribadi Saddiq termasuklah haiwan kesayangannya iaitu kucing.
Walaupun umum yang mengetahui Bella merupakan seorang yang takut dengan kucing namun sikap Bella yang tidak melupakan tentang haiwan tersebut membuatkan netizen terharu.
Malah, netizen juga mengatakan pemilihan hantaran itu turut menggambarkan keserasian pasangan berkenaan yang dilihat saling memahami antara satu sama lain.
Antara komen yang diterima adalah:



Untuk info, hantaran yang diberikan Bella adalah cincin, buku nota kostum, pen Lamy dengan ukiran nama #BellaSyedYes, wangian Parfume Oud yang ditempah khas, pemanis coklat, cupcake, baju kemeja, set makanan kucing, ‘handmade marble bowl’ dan baju kucing.
Terdahulu, Bella Astillah dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pada petang Sabtu.
Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Aliff Aziz pada 9 September 2016.
Pasangan itu bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk kembali, namun berpisah kali kedua pada Mac 2024.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.