Sekilas
- Bella Astillah berkongsi rasa sebak apabila anaknya, Ayden, buat pertama kali mengembara ke luar negara tanpa ditemani dirinya.
- Dia turut berterima kasih kepada tunangnya, Syed Saddiq, yang membawa dan menemani Ayden ke Sydney.
- Syed Saddiq merancang untuk sertai Maraton Sydney dan membuat kejutan membawa ibu serta Ayden ke sana.
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah meluahkan rasa sebak apabila anaknya, Ayden buat pertama kali mengembara ke luar negara tanpanya.
Menerusi perkongsian di Threads, Bella mengakui hatinya sedikit berat untuk melepaskan Ayden pergi, namun pada masa sama teruja melihat anaknya mendapat pengalaman baharu di negara orang.
“First time my baby is travelling overseas without Mummy🥹 My heart is a little heavy today,
“but I’m so excited for this new experience for you❤️🇦🇺,” tulisnya.
Dalam video tersebut, Bella turut kelihatan sebak ketika menghantar anaknya itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Bella turut menzahirkan penghargaan kepada tunangnya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana membawa dan menemani anak lelakinya itu ke Sydney.
Terdahulu, Syed Saddiq berkongsi perancangannya untuk menyertai cabaran larian sejauh 42.2 kilometer (km) menerusi Maraton Sydney yang dijadual berlangsung pada September depan.
Dalam perkongsian tersebut, Syed Saddiq turut mendedahkan perancangan untuk membuat kejutan dengan membawa ibu serta Ayden, anak kepada tunangnya, Bella Astillah ke Sydney.