Skip to main content

Hiburan

Hisyam Hamid Sedar Kewujudan Akaun Media Sosial Peminat ‘Obses’ - “Ada Posting Yang Kurang Senang & Sensitif Tapi…”

Hisyam Hamid

Pelakon Hisyam Hamid menyedari kewujudan akaun laman sosial seorang peminat yang gemar berkongsi foto dirinya disunting seakan-akan mereka bersama.


 

Advertisement

Berasakan ada beberapa perkongsian di akaun  itu agak kurang senang namun Hisyam hanya menganggap individu itu sekadar peminat yang menyokong karier seninya.


 

“Saya perasan mengenai kewujudan peminat itu. Bagi saya, mungkin ada posting yang dimuat naik agak kurang senang, agak sensitif sikit.


 

“Tapi saya anggap benda itu macam dia sekadar peminat seperti yang lain… yang memberi sokongan kepada saya.


 

“Selagi tak melanggar undang-undang ke etika ke atau keterlaluan bagi saya atau keluarga saya, saya okay saja,” katanya kepada Gempak.


 

Hisyam ditemui ketika majlis pelancaran drama terbaharu lakonannya bersama Anna Jobling dan Ummi Nazeera berjudul Saat Aku Tahu di TGV Cinema, KLCC pada Rabu.


 

Biarpun ramai pihak memintanya untuk mengambil tindakan terhadap individu tersebut namun pelakon drama Saat Aku Tahu itu memilih untuk membiarkan sahaja.


 

“Ikutkan ramai yang minta saya untuk mengambil tindakan. Tapi rasanya akaun dia dah tak ada. Bagi saya, selagi dia tak cross the line, saya okay saja.


 

“Setakat dia hanya di media sosial saja,” ujarnya.

Must-Watch Video

Advertisement