Skip to main content

Indonesia

Inul Sudah Hantar Lebih 300 Pekerja Tunai Haji, Umrah: “Beri Kereta Hanya Bersifat Sementara…”

Astro Gempak inul (2)

Sekilas

  • Inul Daratista sering menghantar pekerja dan keluarga menunaikan umrah dan haji sebagai hadiah yang bermakna dan berpanjangan.
  • Sehingga kini, Inul telah menghantar sekitar 300 orang menunaikan umrah, terutama pekerja yang telah bekerja dengannya selama lima tahun ke atas.
  • Walaupun hasratnya menunaikan umrah bersama keluarga ditangguhkan kerana konflik Timur Tengah, rombongan yang dibiayai Inul sudah selamat berada di Tanah Suci.

Penyanyi dangdut Inul Daratista diketahui memang seorang majikan yang tidak lokek dan selalu menjaga pekerjanya dengan baik. Selain selalu memberi hadiah, Inul juga melakukan amal jariah dengan menghantar para pekerja menunaikan umrah dan haji.

Menurut Inul, perasaan menghantar para pekerja menunaikan umrah dan haji berbeza dengan sekadar membelikan barangan seperti 
kereta dan barangan elektronik hanya bersifat sementara.

Bagaimanapun pengalaman kerohanian seperti umrah atau haji akan membekas seumur hidup.

"Kalau beri hadiah TV, kereta atau motor misalnya memang jadi kenangan, tapi ia hanya biasa. Namun kalau umrah, itu akan jadi kenangan seumur hidup. Jadi saya selalu mahu memberikan hadiah dan kenangan seumur hidup untuk orang-orang yang saya bantu,” katanya seperti dilaporkan InsertLive.

Menurut Inul, sehingga kini dia telah menghantar sekitar 300 pekerja, keluarga dan orang yang meminta bantuan kepadanya menunaikan umrah.

“Pokoknya kebanyakan pekerja yang sudah lima tahun bekerja dengan saya akan dihantar tunai umrah,” ujar Inul lagi.

Mengikut laporan sama, Inul sepatutnya menunaikan umrah bersama keluarga dan ingin merayakan ulang tahun anak lelakinya. Namun hasrat tersebut ditangguhkan selepas melihat situasi konflik Timur Tengah yang masih hangat.

Bagaimanapun sudah ada rombongan yang dibiayai Inul menunaikan umrah dan haji sudah pun berada di Tanah Suci Mekah.

“Alhamdulillah, ada rombongan yang menunaikan umrah sudah selamat di Madinah. Sementara saya hantar dua orang tunaikan haji tahun ini,” katanya lega.

Anda mungkin berminat dengan

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

Bayu Somerset Melour Kebaya Selene

Bayu Somerset Melour Kebaya Selene

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

PANDAEYES RAMLI JUBAH DIAMOND DUBAI (CLO ZNZH47005LDR)

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Siti Khadijah X Shopee Telekung Modish Noore in Green Tint (Not Included Free Nida Bag)

Siti Khadijah X Shopee Telekung Modish Noore in Green Tint (Not Included Free Nida Bag)

Must-Watch Video

Advertisement