Skip to main content

Indonesia

Isteri Hamil Trimester Kedua, Al Ghazali Mahu Bawa Ke Perancis & Tunai Umrah

alghazali

Sekilas

  • Pasangan selebriti Indonesia, Al Ghazali dan Alyssa Daguise, bakal menimang cahaya mata sulung dalam beberapa bulan lagi.
  • Alyssa kini dalam trimester kedua dan merancang untuk berehat panjang serta bercuti ke Perancis untuk bertemu keluarga sebelum menunaikan umrah pada Disember.
  • Mereka akan menjalani babymoon dan umrah, dengan semua perancangan cuti telah mendapat kelulusan doktor.

Pasangan selebriti Indonesia, Al Ghazali dan Alyssa Daguise sedang dalam fasa bahagia. Mereka akan menjadi ibu dan bapa dalam beberapa bulan lagi selepas mengumumkan berita gembira tersebut baru-baru ini.

Alyssa kini sudah dalam trimester kedua dan memilih untuk berehat panjang. Justeru, mereka sudah mempunyai rancangan untuk ‘berehat’ termasuk pergi bercuti.

Mereka memberitahu akan ke Perancis untuk bertemu ibu Alyssa dan menjalani ibadat umrah pada Disember depan.

“Saya mahu ke Paris pada Disember ini untuk bertemu keluarga. Saya sangat merindui mereka dan berasa agak sukar menjalani fasa awal kehamilan jauh daripada ibu,” tulis Alyssa di Instagram seperti dilaporkan Kompas.

Wanita cantik itu juga memberitahu mereka akan menunaikan umrah selepas menjalani percutian ‘babymoon’.

“So thankful juga kerana suami ajak babymoon sebelum tunai umrah. Kualiti masa bersama sepenuhnya bulan Disember ini di luar negeri : umrah–UK–France–Marrakech,” tutur Alyssa.

Menurutnya, semua perancangan cuti yang diimpikan telah mendapat ‘kelulusan’ daripada doktor.

Terdahulu Al Ghazali dan Alyssa mengumumkan akan menyambut anak sulung menerusi perkongsian foto-foto kehamilan yang sangat menarik perhatian.

Must-Watch Video

Advertisement