Skip to main content

Hiburan

Jadi Artis Malaysia Pertama Capai 1 Bilion ‘Stream’ Di Spotify, Yuna Luah Rasa Syukur - “Saya Tak Pernah Jangka…”

Yuna

Sekilas

  • Yuna menjadi artis Malaysia pertama yang mencapai 1 bilion penstriman di Spotify, satu pencapaian yang tidak disangka olehnya.
  • Walaupun pendengar dari Amerika Syarikat paling ramai, Malaysia kekal sebagai penyokong setia di tempat kedua.
  • Yuna melihat kejayaan ini sebagai hadiah dan permulaan baharu dalam kerjayanya, dengan fokus pada menghasilkan karya bermakna.

Penyanyi dan penulis lagu terkenal, Yuna meluahkan rasa syukur apabila mencipta sejarah sebagai artis Malaysia pertama yang berjaya meraih 1 bilion penstriman di platform Spotify.

Menurut pemilik nama Yunalis Zarai ini, dia juga tidak pernah menyangka akan meraih pencapaian tersebut kerana itu bukanlah sasaran utama dirinya sepanjang bergelar anak seni.

“Alhamdulillah, sepanjang bergelar anak seni, saya tak pernah jangka untuk mendapat kejayaan ini.

“Dan sebenarnya saya sendiri tak tahu pasal berita itu, peminat yang kongsikan kepada saya.

“Walaupun mungkin saya dikatakan sebagai artis besar, tetapi kejayaan ini macam tak nyata untuk saya. Tapi Alhamdulillah selagi ada orang dengar lagu saya, saya gembira dan bersyukur,” katanya kepada Gempak.

Yuna berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di pelancaran lagu kolaborasinya bersama Aizat Amdan dan Sekumpulan Orang Gila (SOG) yang berjudul Ajar Aku di Roberts Theatre, The Campus Ampang pada Khamis.

Dalam masa yang sama, pelantun lagu Terukir Di Bintang ini turut menganggap pencapaian tersebut sebagai hadiah buat rakyat Malaysia yang sentiasa menjadi antara penyokong terbesarnya.

“Kalau ikut jumlah strim, pendengar dari Amerika Syarikat memang paling ramai. Tapi Malaysia sentiasa berada di tempat kedua.

“Saya sangat gembira kerana rakyat Malaysia masih setia mendengar lagu-lagu saya. Kejayaan ini seperti satu bonus untuk diri saya,” katanya lagi.

Ketika ditanya sama ada angka itu membuka lembaran baharu, Yuna mengakui ia mungkin sedikit sebanyak menandakan permulaan baharu dalam kerjayanya.

“Ia hadiah selepas bertahun-tahun berkarya, dan pada masa sama mungkin satu bab baharu untuk saya.

“Tapi saya tak melihatnya sebagai perlumbaan ke angka yang lebih besar. Saya cuma fikir tentang projek seterusnya dan apa yang boleh memberi makna kepada hidup saya.

“1 bilion strim ini membuktikan walaupun saya bergerak secara independen, saya masih boleh lakukannya,” katanya.

Ditanya sama ada kejayaan itu memberi satu tekanan, penyanyi berusia 40 tahun ini menegaskan dia hanya fokus kepada karya yang memberi kepuasan berbanding mengejar angka kejayaan.

“Bagi saya, angka itu satu pencapaian tetapi selepas itu saya hanya fikir, ‘Apa lagi yang boleh saya hasilkan yang benar-benar bermakna dan memperkayakan jiwa serta hidup saya?’

“Kalau saya dapat buat perkara itu, saya sudah gembira,” katanya lagi.

Terdahulu, Yuna melakar sejarah apabila menjadi artis Malaysia pertama yang mencecah 1 billion stream di platform muzik Spotify.

Berdasarkan perkongsian yang dikongsikan peminat, Yuna dilihat mempunyai lebih 3.7 juta pendengar bulanan serta jumlah pengikut melebihi 476,000 pengguna.

Antara negara yang mencatatkan jumlah pendengar tertinggi untuk karya Yuna termasuk Amerika Syarikat, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Australia.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Advertisement