Skip to main content

Selebriti

Janna Nick Pelik Kenapa Ada Yang Suka ‘Body Shaming’ Wanita Lepas Kahwin - “Personaliti Isteri Melebihi Segalanya”

Janna Nick Pelik Kenapa Ada Yang Suka ‘Body Shaming’ Wanita Lepas Kahwin - “Personaliti Isteri Melebihi Segalanya”

Sekilas

  • Janna Nick meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir lelaki yang gemar body shaming wanita selepas berkahwin.
  • Janna menegaskan bahawa bentuk badan bukan ukuran utama dalam perkahwinan, sebaliknya kasih sayang dan personaliti lebih penting.
  • Perkongsian Janna di Threads mendapat sokongan ramai yang bersetuju bahawa nilai seseorang dalam perkahwinan tidak bergantung pada fizikal semata-mata.
Advertisement

Pelakon, Janna Nick meluahkan rasa kesal dan hairan dengan sikap segelintir pihak yang gemar memberikan komen kurang enak atau ‘body shaming’ terhadap perubahan fizikal wanita selepas berkahwin.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Janna menyifatkan lelaki yang gemar memperlekehkan bentuk badan wanita adalah sebagai individu berfikiran sempit.

Advertisement

Menurut Janna, bentuk badan bukanlah ukuran utama dalam sesebuah perkahwinan kerana kasih sayang dan personaliti pasangan lebih penting dalam membina rumah tangga.

“Otak singkat betul lelaki yang dok body-shaming bini-bini orang ni.

“Perkahwinan ni bukan sekadar bentuk badan je yang penting,” tulisnya.

Advertisement

Kata Janna lagi, penerimaan dan kasih sayang seorang suami terhadap isterinya tidak seharusnya diukur hanya berdasarkan fizikal.

Malah katanya, hakikat bahawa seorang suami masih menyayangi dan menghargai isterinya sudah cukup untuk membuktikan bahawa nilai seseorang dalam sesebuah perkahwinan tidak bergantung kepada bentuk badan semata-mata.

“Kalau bini tu berbadan besar, tapi suami dia masih sayang sangat-sangat, maknanya personaliti isteri tu melebihi segalanya.

“Kau tu yang sedih sendu, sibuk body-shaming bini orang. Bini sendiri pun takde. Phui,” coretnya.

Perkongsian itu turut mendapat perhatian warga Threads yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapat Janna.

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement