Skip to main content

Artis Tempatan

“Jika Gagal Capai Target, Nar’sata: Sekutu Setan Filem Seram Terakhir Saya” - Pierre Andre

Pierre Andre

Sekilas

  • Pengarah Pierre Andre memberi bayangan Nar’sata: Sekutu Setan mungkin menjadi filem seram terakhirnya jika kutipan tidak mencapai jangkaan.
  • Jika filem ini gagal, Pierre akan kembali fokus kepada genre romantik komedi yang merupakan ‘cinta pertama’ dalam dunia pengarahan beliau.
  • Filem Nar’sata: Sekutu Setan akan ditayangkan pada 21 Mei dengan barisan pelakon seperti Trisha Ooi, Mawar Rashid dan Khatijah Tan.

Pengarah, Pierre Andre memberi bayangan bahawa filem terbaharu arahannya yang berjudul Nar’sata: Sekutu Setan akan menjadi filem seram terakhir arahannya jika gagal mencapai kutipan seperti diharapkan.

Menurut Pierre, sekiranya gagal, dia akan kembali memberi fokus menghasilkan filem bergenre genre romantik komedi yang disifatkan sebagai ‘cinta pertama’ dalam dunia pengarahan.

“Kalau orang sudah tidak mahu tengok, mungkin saya akan berhenti daripada genre ini. Namun, kalau filem ini meletup, saya sudah ada beberapa idea untuk dikembangkan lagi.

“Jadi, semuanya bergantung kepada penerimaan penonton. Tetapi kalau sebaliknya berlaku, mungkin ini akan menjadi filem seram terakhir saya.

“Saya tetap akan gembira kerana saya boleh kembali kepada ‘cinta pertama’ saya iaitu genre romantik komedi,” katanya kepada Gempak.

Pierre berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di malam tayangan perdana filem tersebut yang bertempat di TGV Sunway Pyramid pada Selasa.

Bercerita lanjut, pemilik nama Mohd Pierre Andre Nazarul Andre mengakui antara impiannya adalah untuk bergelar pengarah yang  menghasilkan filem mencecah kutipan RM10 juta.

“Kekecewaan saya adalah apabila saya sendiri belum pernah lagi dalam hidup mencapai kutipan RM10 juta.

“Kalau diberi pilihan antara anugerah Pengarah Terbaik atau menjadi pengarah yang pernah berada dalam kelompok kutipan RM10 juta, saya mungkin pilih pengarah yang pernah capai angka itu,” katanya lagi.

Sungguhpun begitu, anak kepada pelakon Khatijah Tan ini memaklumkan bahawa dia tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi terhadap filem berkenaan dan tetap bersyukur jika ia mampu meraih kutipan memuaskan.

“Sebenarnya saya tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi sampai wajib RM10 juta. Kalau dapat RM5 juta pun saya sudah sangat bersyukur.

“Tetapi kalau kutipan tidak mencapai jangkaan seperti filem Dajal: Satu Malam Dipedajal atau Jangan Pandang Belakang 2, saya mungkin akan terfikir bahawa penonton sudah tidak mahukan karya saya lagi.

“Sampai satu tahap, saya pernah mempertimbangkan untuk menjadikan ini (Nar’sata: Sekutu Setan) sebagai filem seram terakhir saya,” katanya.

Sekadar info, filem Nar’sata: Sekutu Setan yang diarahkan Pierre ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Trisha Ooi, Mawar Rashid, Khatijah Tan, Wan Hanafi Su, Aniq Suhair, Fadlan Hazim dan ramai lagi.

Filem yang diterbitkan Metrowealth International Group (MIG) ini bakal ditayangkan pada 21 Mei ini di pawagam seluruh negara.

Anda mungkin berminat dengan

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

JOOLA PROTON SELKIRK Pickleball racket surface protective cover, Waterproof, Extremely durable synthetic rubber material

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Advertisement