Skip to main content

Hiburan

Jinggo Tegur Kilafairy Isu Rocky - “Ini Nasihat Orang Tua, Jangan Ambil Hati”

Jinggo

Sekilas

  • Pengarah dan penerbit Azman Yahya atau Jinggo menegur pelakon Kilafairy berhubung kenyataan beliau mengenai kematian seekor anjing bernama Rocky.
  • Jinggo menyatakan simpati terhadap haiwan itu tetapi menganggap doa dan kata-kata Kilafairy terhadap individu yang didakwa terlibat adalah keterlaluan.
  • Kilafairy sebelum ini meluahkan rasa kecewa dan sedih serta mengkritik individu yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut melalui hantaran di Threads.
Advertisement

Pengarah dan penerbit terkenal, Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya tampil memberi teguran kepada pelakon Kilafairy susulan kenyataan yang dimuat naik aktres itu berhubung kes kematian seekor anjing yang dikenali sebagai Rocky, minggu lalu.

Menerusi Threads, Jinggo mengakui dirinya turut bersimpati dengan nasib haiwan berkenaan namun berpendapat kata-kata serta doa yang ditulis Kilafairy terhadap individu yang didakwa terlibat adalah keterlaluan.

Advertisement

“Bersimpati pada binatang itu baik, tapi doa awak dengan kata-kata awak sangat tak baik, Kilafairy,” tulisnya dalam loghat Perak.

Dalam masa yang, suami kepada pelakon Sheila Rusly ini memaklumkan bahawa komen yang diterimanya itu hanyalah sekadad nasihat daripada individu yang lebih berusia kepada anak muda.

“Ini nasihat orang tua, jangan ambil hati,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Kilafairy meluahkan rasa kecewa dan sedih terhadap insiden yang menimpa Rocky yang didakwa mati ketika satu operasi penguatkuasaan.

Malah, pelakon itu turut memuat naik hantaran meninggalkan kata-kata berbaur kecaman terhadap individu yang didakwa bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement