Skip to main content

Hiburan

Kak KM Sebak, Luah Rasa Rindu Pada Kak Nona - “Datanglah Sini, Sayang Tunggu”

Kak KM

Sekilas

  • Kak KM meluahkan rasa rindu dan mengajak kakaknya, Kak Nona, yang juga usahawan, datang ke rumahnya dalam sesi siaran langsung bersama adik-beradiknya.
  • Kak KM memberi bayangan Kak Nona sudah tidak bergelar isteri dan mengajak kakaknya itu untuk bersama mereka bagi merawat hati yang patah.
  • Terdapat desas-desus hubungan renggang antara Kak KM dan Kak Nona akibat salah faham berkaitan perniagaan sebelum ini.
Advertisement

Pempengaruh media sosial dan usahawan sensasi, Kak KM menyorot perhatian apabila memberi bayangan seakan sudah lama tidak bertemu dengan kakaknya kakaknya yang juga usahawan, Kak Nona.

Menerusi sesi siaran langsung yang dibuat bersama dua lagi adik beradiknya, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli meluahkan rasa rindu sambil mempelawa kakaknya itu untuk datang ke rumahnya.

Advertisement

“11,000 mata memandang, korang bayangkan kalau Kak Nona ada.

“Kak Nona, sayang rasa kau datang je lah sini. Kau pun tengah patah hati.

“Kami akan merawat hati dan jiwa raga kau. Kak Nona, mari sini. Sayang panggil kau ni,” katanya.

Lebih menyentuh hati apabila Kak KM dilihat tidak dapat menahan sebak sebelum dipeluk oleh dua orang adik-beradiknya yang lain.

Sementara itu, Kak KM turut menyorot perhatian apabila seakan memberi bayangan bahawa Kak Nona sudah tidak lagi bergelar isteri.

“Kak Nona, kau datang je lah sebab kau pun dah putus kasih, datang.

“Sebelum ini kau masih ada suami jadi kami pun tak nak kacau kebahagiaan kau. Tapi sekarang sayang tahu kau tengah tak okay, jadi datang je.

“Sayang tunggu kau,” ujarnya.

Sebelum ini, timbulnya desas desus mengatakan hubungan Kak KM dan Kak Nona dikatakan renggang selepas berlakunya salah faham melibatkan perniagaan.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement