Skip to main content

Hiburan

Kamal Adli Berang, Selar Tindakan Memandu Secara Berbahaya Sehingga Ragut Nyawa Orang Tak Bersalah - “Yang Langgar Elok Pula Hidup”

Kamal Adli

Sekilas

  • Pelakon Kamal Adli mengecam tindakan pemandu yang memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kemalangan maut lima nyawa di Simpang Renggam, Johor.
  • Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan kemalangan yang turut meragut nyawa abangnya dan empat sekeluarga lain.
  • Kamal Adli dan netizen berharap agar pelaku dikenakan hukuman setimpal atas perbuatan yang mengakibatkan kematian orang tidak bersalah.
Advertisement

Pelakon, Kamal Adli menyelar tindakan pemandu yang dilaporkan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kemalangan tragis yang meragut lima nyawa di Simpang Renggam, Johor.

Menerusi ciapan di Threads, pemilik nama Ahmad Kamal Ahmad Adli ini turut meluahkan rasa berang kerana sikap tidak bertanggungjawab itu telah mengakibatkan nyawa orang lain yang tak berdosa menjadi mangsa.

Advertisement

“Memang bodoh boleh berlumba tengah-tengah jalan. Sibuk orang balik dari kampung. Sampai orang tak bersalah yang meninggal!

“Bodoh gila! Yang langgar elok pula hidup! Tempatkan mereka (mangsa) bersama orang-orang beriman,” tulisnya.

Hantaran itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan Kamal.

Malah, mereka berharap agar si pelaku dikenakan hukuman yang setimpal.

Terdahulu, polis telah menahan reman seorang remaja lelaki berusia 19 tahun selama dua hari bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut yang mengorbankan lima nyawa, termasuk empat sekeluarga di Jalan Renggam-Simpang Renggam pada Isnin.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki memandu kenderaannya secara melulu dan merbahaya bersama-sama sebuah kereta BMW 530e yang dipandu abangnya berusia 22 tahun.

Akibat daripada perlanggaran tersebut, empat sekeluarga termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Abang suspek pula dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah.

Suspek pula ditahan raman sehingga Khamis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Threads, Kosmo

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement