Filem animasi, Papa Zola The Movie terbitan Mosta dan Astro Shaw terus menyorot perhatian netizen selepas menerima pujian daripada penonton yang sudah menonton filem tersebut di pawagam.
Menerusi tinjauan di platform Threads, rata-rata memberikan rating 10/10 dan mengajak rakyat Malaysia untuk menonton filem terbaharu arahan Nizam Abd Razak bersama Raja Nukman Raja Mohd Nordin dan Dzubir Mohammed Zakaria.



Tunggu apa lagi! Jangan lupa ajak semua ahli keluarga dan kawan-kawan tonton Papa Zola The Movie.
Papa Zola The Movie sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei mulai 11 Disember 2025, serta di Singapura pada minggu yang sama.
Sinopsis:
Papa Zola The Movie mengisahkan Papa Zola, seorang bapa yang bekerja keras menyara keluarga kecilnya. Tanpa diduga, dia bertemu semula dengan rakan lama yang pernah berkhidmat bersamanya dalam organisasi rahsia P.A.P.A (Protect and Prevent Agency).
Namun keadaan menjadi genting apabila anaknya, Pipi, diculik makhluk asing. Papa Zola bersama Mama Zila perlu bertindak pantas untuk menyelamatkan Pipi dan melindungi dunia daripada ancaman tersebut.
Filem ini menampilkan dua lagu tema iaitu ‘Demi Kebenaran’ nyanyian Insomniacks dan ‘Kita Usahakan Lagi’ nyanyian Batas Senja.