Sekilas
- Khairul Aming memilih untuk tidak menggunakan konsep 'walk in' di restoran Rembayung bagi mengelakkan masalah kepada peniaga dan penduduk sekitar Kampung Baru, KL.
- Beliau bimbang isu parkir dan kesesakan akan mengganggu perniagaan lain serta kehidupan penduduk setempat.
- Khairul Aming juga menegaskan perniagaannya memberi manfaat kepada pekerja, pembekal, dan komuniti, bukan hanya dirinya sahaja.
Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming menjelaskan sebab utamanya dirinya memilih untuk tidak melakukan konserp ‘walk in’ restoran Rembayung yang diusahakannya.
Ujar Khairul Aming, sekiranya konsep itu dilakukan, perusahaan Rembayung akan menimbulkan masalah buat para peniaga dan penduduk di sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur.
“Saya tak boleh nak buat ‘walk in’ sebab kalau buat, kasihan buat peniaga di sekitar Kampung Baru. Macam mana mereka nak cari makan nanti? “Akan jadinya isu tiada parking dan kedai mereka akan dihalang oleh kenderaan, pelanggan-pelanggan akan beratur di hadapan kedai mereka.
“Kalau kereta dah banyak, akan kacau penduduk di sekitar. Macam mana mereka nak balik ke rumah dari tempat kerja? Kalau terjadi, saya nak dapat lesen nanti pun tak boleh sebab dah melanggar keharmonian penduduk,” katanya ketika sesi siarang langsung.
Tambah Khairul Aming, adalah kejam sekiranya dia terus melakukan konsep itu tanpa memikirkan orang lain.
“Saya boleh buat tapi kejamlah saya kalau biarkan pelanggan beratur dalam keadaan yang panas,” tambahnya lagi.
Sebelum ini, Khairul Aming turut meluahkan rasa terkilan selepas ada individu mengaitkan usaha perniagaannya dengan sentimen kapitalis.
Dia bagaimanapun menegaskan hasil sesebuah perniagaan bukan hanya dinikmati pemilik, sebaliknya turut memberi manfaat kepada pekerja, pembekal, vendor, penghantar, pelanggan selain menyumbang kepada cukai dan zakat.
Sumber: TikTok