Skip to main content

Hiburan

Khairul Aming Ulas Video Tarian Tular, Pesan Dekat Pelajar Jangan Takut Aktif Ketika Belajar - “Banyak Ilmu Kepimpinan Kita Dapat…”

Astro Gempak 207

Sekilas

  • Khairul Aming jelaskan tarian yang nampak mudah dalam video lamanya sebenarnya memerlukan latihan fizikal intensif termasuk gym dan berenang setiap hari.
  • Dia pernah alami kekejangan otot akibat latihan berterusan dan kini tidak mampu buat gerakan low posture squat seperti dulu.
  • Pengalaman menari dan memimpin kumpulan kecil semasa belajar bantu bentuk kemahiran kepimpinan yang digunakannya dalam perniagaan dan kilang hari ini.

Selepas video lamanya menari ketika zaman belajar kembali tular di media sosial, pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming tampil mengulas pengalaman tersebut menerusi satu siaran langsung di TikTok.

Menurut Khairul Aming atau mesra disapa KA, gerakan tarian yang kelihatan mudah sebenarnya memerlukan latihan fizikal yang intensif.

“Tahu tak, training nak menari tu yang part KA pergi ke bawah tu, yang tu kita kena bengkokkan kaki, kena squat. Time tu saya pergi gym dua jam sehari, swimming satu jam sehari. Jadi tiga jam saya workout setiap hari masa tu.

“Membolehkan aku buat low posture squat macam tu. Berjam-jam sehari nak practice. Kau nampak je senang, susah,” katanya.

Tambahnya lagi, dia sendiri pernah mengalami kekejangan otot akibat terlalu kerap berlatih.

“Sebab dulu aku sampai cramp peha, seminggu peha. Nak bengkokkan lutut tu ingat senang ke? Sebab itu dulu aku boleh ‘cengkong’ dalam video tu. Sekarang tak boleh dah,” ujarnya berseloroh.

Bagaimanapun, KA turut mengakui berasa bangga dengan pengalaman tersebut kerana segala pengalaman ketika bergelar pelajar banyak membentuk kemahiran kepimpinan yang digunakannya hari ini.

“Orang ingat dia boleh malukan aku, tapi sebenarnya aku lagi bangga. Dia membuktikan masa korang jadi student, tak payahlah nak nampak paling alpha, paling cool.

“Buat je. Selagi mana korang student, ada peluang pergi volunteer, pergi. Kalau boleh anjur food festival, buat. Belajar berniaga, buat. Nak jadi koreografer menari ke apa, buat

“Dulu KA pernah lead satu tim koreografi menari yang sangat kecil. Sekarang saya memimpin hampir 200 staf di kilang dan juga perniagaan saya.

“Kepimpinan itu bermula daripada benda-benda yang kita nampak macam bodoh, nampak kelakar dan cringe. Menari macam sotong pun, tapi banyak ilmu leadership kita dapat,” jelasnya.

 

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg) (Nur Food Kurma Ajwa Madinah AA (1kg))

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

Kerepek Ubi Pedas Basah 400g Tapioca Chips Flavour Syrup Sambal Chili 400g SIGNATURE DELIGHT

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Naelofar Iznik Sejadah

Naelofar Iznik Sejadah

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

Must-Watch Video

Advertisement