Sekilas
- Pelakon Kim Da Mi tertarik untuk berlakon dalam drama Korea terbaru, A Hundred Memories, selepas membaca skrip yang menarik dan menyeronokkan.
- Watak Yeong Rye dalam drama tersebut memberi kesan mendalam sehingga Kim Da Mi rasa seolah-olah mahu hidup sebagai karakter itu sendiri.
- Drama yang berlatar era 80-an ini menampilkan budaya, muzik, dan fesyen nostalgik yang kini kembali popular dalam kalangan remaja, dan boleh ditonton di Viu.
Pelakon, Kim Da Mi akui mempunyai sebab tersendiri untuk berlakon dalam drama Korea terbaharu berjudul A Hundred Memories.
Menurut Da Mi, drama yang berlatarbelakangkan era 80-an itu menarik perhatiannya sebaik sahaja dia meneliti skrip buat pertama kali.
Malah kata Da Mi, watak Yeong Rye, meninggalkan kesan mendalam sehingga dia merasakan seolah-olah ingin hidup sebagai karakter itu sendiri.
“Ketika pertama kali membaca skrip, saya rasa ia sangat menarik. Terdapat banyak watak dalam cerita ini, dan semuanya terasa begitu hidup dan bertenaga.
“Semasa membawa watak Yeong Rye dalam One Hundred Memories, saya terfikir bahawa saya benar-benar mahu hidup sebagai karakter itu.
“Skripnya sangat menyeronokkan sehingga saya asyik ketawa ketika membacanya. Saya terus terfikir, ‘Saya betul-betul mahu lakukannya’.
“Saya habiskan seluruh skrip dalam satu sesi bacaan, dan ketika itu saya tahu saya memang mahu terlibat dalam naskhah ini,” jelasnya dalam satu temu bual ekskusif bersama Gempak.

Tambah Da Mi lagi, walaupun tidak pernah hidup pada era 80-an, namun budaya zaman tersebut semakin mendapat perhatian remaja zaman kini terutamanya dari segi muzik, fesyen dan keseluruhan gaya hidup.
“Walaupun kami tidak hidup pada zaman 80-an, muzik, fesyen dan budaya era itu kini kembali semula. Ia sangat nostalgik.
“Jadi saya rasa jika drama ini diterbitkan, ia pasti akan disukai ramai. Saya benar-benar mahu menjadi sebahagian daripada drama seperti itu,” ujarnya.

Selain Da Mi, naskhah ini dibintangi oleh Shin Ye Eun dan Heo Nam Jun.
One Hundred Memories yang bersiaran sebanyak 12 episod ini boleh ditonton di Viu.
SAKSIKAN VIDEO TEMU BUAL EKSKLUSIF BERSAMA PELAKON ONE HUNDRED MEMORIES DI ATAS