Skip to main content

Hiburan

Kini Dengan ‘Extended Version’, Papa Zola The Movie Kembali Ke Pawagam Sempena Hari Bapa Ini

Papa Zola The Movie

Sekilas

  • Papa Zola The Movie akan kembali ke pawagam terpilih di seluruh Malaysia dari 11 hingga 30 Jun 2026 sempena sambutan Hari Bapa.
  • Tayangan khas ini menampilkan versi lanjutan dengan babak tambahan termasuk sambungan cerita Otoi serta kemunculan BoBoiBoy dan Gopal.
  • Peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola sebagai koleksi istimewa sambil menikmati kisah kekeluargaan dan kasih sayang seorang ayah.

Selepas mencipta fenomena dengan kutipan lebih RM69 juta, filem animasi nombor satu Malaysia iaitu Papa Zola The Movie, bakal kembali ke pawagam bersempena sambutan Hari Bapa menerusi tayangan khas di hampir 50 pawagam utama terpilih seluruh Malaysia.

Tayangan khas bersempena Hari Bapa ini akan berlangsung untuk tempoh yang terhad bermula 11 Jun hingga 30 Jun 2026 di pawagam terpilih seluruh Malaysia.

Kembalinya Papa Zola The Movie ke layar perak pastinya memberi peluang kepada penonton untuk sekali lagi menikmati gelak tawa, emosi dan detik kekeluargaan yang menjadikan filem ini dekat di hati rakyat Malaysia.

Lebih istimewa, tayangan kali ini hadir dalam versi khas dengan kandungan tambahan (extended version) buat para peminat.

Antara kejutan yang bakal dinantikan ialah sambungan kepada persoalan yang sering dibincangkan peminat di media sosial mengenai Otoi dan bagaimana watak tersebut keluar daripada dunia simulasi dalam salah satu babak penting filem asal.

Selain itu, versi khas ini turut menampilkan babak tambahan melibatkan BoBoiBoy dan Gopal, sekali gus memberi nilai tambah kepada peminat lama, selain membuka ruang kepada penonton baharu untuk menikmati Papa Zola The Movie di pawagam.

Bagi menjadikan tayangan Hari Bapa ini lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Inisiatif ini bukan sahaja meraikan peminat, tetapi turut menggalakkan penonton untuk membawa bapa, keluarga dan insan tersayang menikmati filem ini bersama-sama di pawagam.

Menurut Nizam Abd Razak selaku pengarah, penulis Papa Zola The Movie merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA, Nizam Abd Razak, filem ini diharapkan akan teruz menjadi filem animasi yang dekat dengan penonton terutama sekali pada Hari Bapa tahun ini.

“Papa Zola The Movie sentiasa dekat dengan penonton kerana ia bukan sekadar kisah pengembaraan dan gelak tawa, tetapi sebuah kisah tentang ikatan kekeluargaan, kasih seorang ayah dan nilai-nilai yang menyatukan pelbagai generasi.

“Bersempena Hari Bapa, kami ingin memberi peluang kepada penonton untuk kembali menikmati filem ini di pawagam bersama insan tersayang. Kali ini, tayangan khas ini turut hadir dengan kandungan tambahan dan kejutan istimewa buat para peminat,” ujarnya.

Dengan tema kekeluargaan, pengorbanan dan kasih sayang seorang bapa, tayangan khas ini menjadi pilihan sesuai buat seisi keluarga untuk meraikan Hari Bapa melalui pengalaman pawagam yang penuh emosi, makna dan hiburan.

Papa Zola The Movie versi khas Hari Bapa bakal ditayangkan di hampir 50 pawagam utama terpilih seluruh Malaysia bermula 11 Jun hingga 30 Jun 2026.

Anda mungkin berminat dengan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Must Watch Video

Advertisement