Skip to main content

Hiburan

Konsert Tak Jadi, Dolla Rancang Sesuatu Istimewa Untuk Peminat - "Kami Sendiri Menantikan..."

Dolla

Pembatalan konsert Dolla Good Girls Gone Bad Live in Concert nyata meninggalkan kesan besar bukan sahaja kepada peminat, malah kepada ahli kumpulan Dolla sendiri.

Selepas pengumuman rasmi dibuat oleh penganjur, dua ahli kumpulan Dolla iaitu Tabby dan Angel tampil meluahkan rasa sedih serta memohon maaf kepada peminat setia mereka, iDolla.

Menerusi satu hantaran di platform X, Tabby mengakui dia dan ahli lain turut kecewa kerana tidak dapat menjayakan konsert yang sepatutnya berlangsung pada 6 Disember 2025 itu.

“Kami minta maaf kerana telah mengecewakan iDollas, kami janji akan rancang sesuatu untuk anda.  Kami sendiri sangat menantikan konsert itu, jadi memang sedih sangat bila ia tak dapat berlaku buat masa ini,” katanya. 

Sementara itu, Angel turut berkongsi rasa dukanya dan meminta peminat terus memberi sokongan.

“I’m so sorry.. let’s meet on December 6, okay? We will work on something for you guys,” tulisnya di platform X. 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa kecewa kerana segala perancangan menuju ke konsert itu sudah pun dilaksanakan. 

Terdahulu, penganjur SAH Entertainment dan Universal Music Malaysia mengumumkan pembatalan konsert tersebut selepas menilai bahawa persiapan teknikal, keselamatan dan kelulusan tidak dapat disempurnakan dalam masa ditetapkan.

Semua pemegang tiket akan menerima pemulangan wang penuh dalam tempoh 3 hingga 4 minggu.

Must-Watch Video

Advertisement