Skip to main content

Kpop

Lakonan Terakhir Song Young Gyu Jadi Sorotan, Siri Teach You a Lesson Cipta Rekod

Astro Gempak Song Young Gyu

Sekilas

  • Drama Teach You a Lesson kini trending global dan domestik dalam 24 jam selepas tayangan di Netflix, menduduki tempat ketiga di FlixPatrol dan nombor satu di 25 negara.
  • Penampilan terakhir aktor Song Young Gyu dalam drama ini menarik perhatian, walaupun hanya muncul di episod pertama sebagai ahli politik yang korup.
  • Mendiang Song Young Gyu meninggal dunia pada usia 55 tahun selepas kontroversi DUI yang menyebabkan dia digugurkan dari beberapa projek seni.

Drama siri Teach You a Lesson kini menjadi perhatian dan mendominasi kedudukan global dan domestik dalam tempoh 24 jam selepas ditayangkan di Netflix.

Drama tersebut mencuri perhatian penonton dipercayai salah satunya kerana penampilan terakhir aktor Song Young Gyu. Young Gyu muncul dalam episod pertama siri tersebut sebagai ahli politik dan bapa kepada seorang pelajar bermasalah.

Young Gyu membawa watak calon presiden yang sombong bernama Ryu Kwang Pil yang cuba menutup kesalahan anaknya selain melakukan rasuah.

Meski penampilannya dalam episod itu tidak banyak, namun ia menjadi bualan dalam kalangan peminat tentang karisma dan bakat aktor yang 
ditemui maut di dalam kereta pada Ogos 2025.

Aktor yang telah mencetak kejayaan menerusi banyak naskhah popular lain seperti Reply 1988 dan Partner of Justice itu meninggal dunia pada usia 55 tahun.

Mendiang ditemui sudah tidak bernyawa oleh rakannya dalam sebuah kenderaan yang diparkir di kawasan perumahan di Yongin, Wilayah Gyeonggi, Seoul, Korea Selatan.

Kematiannya berlaku hanya seminggu selepas beliau terpalit dengan kontroversi memandu di bawah pengaruh alkohol (DUI) pada 19 Jun tahun sama.

Insiden itu menyebabkan lesen memandunya dibatalkan selepas beliau didapati mempunyai kandungan alkohol melebihi 0.08 peratus dalam darah.

Akibat insiden tersebut, aktor itu telah digugurkan daripada beberapa projek seni termasuk pementasan teater "Shakespeare In Love" serta dua drama bersiri yang sedang dalam penggambaran The Defects dan The Winning Try.

Sementara itu, Teach You a Lesson dilaporkan disenaraikan dalam kedudukan ketiga secara global dalam platfrom penstriman FlixPatrol sejak disiarkan pada 5 Jun lalu.

Drama  itu juga direkodkan menduduki nombor satu tayangan di 25 buah negara termasuk di Korea Selatan, Bolivia, Hong Kong, India, Oman, Peru, Singapura, Thailand, dan Taiwan.

Teach You a Lesson sempat menjadi kontroversi sebelum ditayangkan kerana beberapa isu termasuk pemilihan pelakon dan keasliannya sebelum diterima baik oleh penonton.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

Must Watch Video

Advertisement