Skip to main content

Hiburan

Linda Hashim Buka Lembaran Baharu, Mahu Jadi Mutawifah - “InsyaAllah Tahun Hadapan Ia Akan Bermula…”

Linda Hashim

Sekilas

  • Pelakon Linda Hashim bakal bergelar mutawifah wanita dan sedang mengikuti kursus untuk membimbing jemaah menunaikan ibadah umrah mulai tahun hadapan.
  • Linda akan memilih naskhah lakonan yang memberi manfaat dan kesan positif kepada penonton serta mengelak daripada watak yang tidak baik.
  • Linda Hashim telah bercerai talak tiga dengan aktor Beego selepas 13 tahun berkahwin dan mempunyai tiga anak perempuan.
Advertisement

Selepas melalui fasa getir dalam rumah tangga, pelakon Linda Hashim memasang impian untuk membuka lembaran baharu apabila bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan.

 

Advertisement

Berkongsi perkembangan itu, Linda berkata, dia sedang mengikuti kursus dan memperlengkapkan ilmu sebelum memikul amanah membimbing jemaah menunaikan ibadah umrah.

 

Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama Norhazlinda Hashim, 42, itu akan menjadi pembimbing umrah wanita bermula tahun hadapan.

Advertisement

 

"Insya-ALLAH saya akan membimbing jemaah untuk ke umrah. Saya akan bergelar mutawif wanita atau mutawifah lepas ini.

 

"Saya sangat-sangat baru dalam bidang mutawifah ini, masih lagi ada kursus dan masih lagi belajar. Insya-ALLAH tahun depan ia akan bermula. Doakan semoga saya berjaya dalam bidang baru ini,” katanya.

 

Pelakon Tanda Putera dan Syaitan Munafik itu turut berkongsi perancangannya dalam bidang lakonan dan akan memilih naskhah yang memberi kebaikan kepada audiens.

 

“Cerita yang saya rasa mendatangkan manfaat pada penonton, saya takkan lepaskan peluang untuk berlakon.

 

"Tapi kalau kata cerita itu tidak mendatangkan apa-apa kesan pada penonton, mungkin saya tak buatlah.

 

“Sebab sekarang ini apa yang kita buat semua kita nak kena fikir, kita ini ada pengikut. Jadi nak kena fikir bila orang tengok kita, nak orang tengok yang elok-elok saja.

 

"Yang sejuk mata memandang, yang baik-baik sajalah. Tak nak tunjuk benda yang tidak baik,” katanya.

 

Linda terdahulu sah bercerai talak tiga dengan aktor Beego selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga.

 

Mereka memiliki tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 12, Anggun Cassandra, 11, dan Indah Camelia, 7 tahun.

 

Sumber: Harian Metro

 

Anda mungkin berminat dengan

NAIL STICKERS 5D Nail art sticker

NAIL STICKERS 5D Nail art sticker

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Bulu LS + Bracelet Gelang Gila-Gila Simple Love

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

Free Size Plus Size Women Long Loose Pants Trousers Seluar Panjang Berkualiti Soft Waist Wide-Leg Casual Long Pants

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

[Le Mai.com] ADIDAS ADICOLOR Crossbody Bag Navy Blue Backpack Casual JI9456

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

ELGINI E16413 Baju Training Fitness Wanita S-XXL | Women's Fitness Training Shirt

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

Must Watch Video

Advertisement