Skip to main content

Hiburan

Mark Ruffalo Desak Pemimpin Dunia Bertindak Hentikan Kebuluran & Pembunuhan Di Gaza - “Kamu DIam Bermakna Subahat!”

mark rufallo

Pelakon antarabangsa, Mark Ruffalo yang sinonim dengan watak Hulk menerusi francais filem adiwira, tampil bersuara serta menuntut tindakan segera dunia terhadap serangan Israel di Gaza yang disifatkannya sebagai jenayah kemanusiaan.
 

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Mark Ruffalo (@markruffalo)

Advertisement

Menerusi sebuah video yang dikongsi di Instagram, Ruffalo menzahirkan sokongan terhadap rakyat Gaza yang kini berdepan krisis kemanusiaan akibat serangan berterusan serta sekatan yang mengakibatkan kebuluran.
 

 

“Lebih 80 peratus mangsa yang terbunuh adalah orang awam. Ini gila. Hentikan pembunuhan kanak-kanak, hentikan peperangan ini. Presiden Trump, lakukan sesuatu! Jerman, lakukan sesuatu! Eropah, lakukan sesuatu! UK, lakukan sesuatu!” katanya dengan nada tegas.
 

Dalam kapsyen hantaran tersebut, bintang filem Avengers itu turut menganggap apa yang berlaku bukan sekadar tragedi, sebaliknya satu jenayah terhadap kemanusiaan.
 

“Apa yang kita saksikan di Gaza bukan bencana alam, tetapi akibat daripada pilihan yang dibuat oleh mereka yang berkuasa. Kebuluran paksa, kanak-kanak dan keluarga sedang mati perlahan-lahan sementara dunia hanya berdiam diri. Pemimpin dunia, diam kamu bermakna kamu bersubahat,” tulisnya.
 

Ruffalo turut menggesa orang ramai supaya tidak berdiam diri dan mendesak pemimpin dunia untuk menamatkan kebuluran, pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan yang berlaku.
 

“Bangkitkan suara anda. Tuntut supaya kebuluran ini berakhir. Tuntut supaya pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan dihentikan. Tuntut keadilan. Tuntut kehidupan,” ujarnya.
 

Dalam pada itu, Ruffalo merujuk laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melalui Integrated Food Security Phase Classification (IPC) yang mengesahkan wujudnya situasi kebuluran di Gaza.
 

“Ini bukan bencana semula jadi. Ia bencana buatan manusia, satu tindakan jenayah untuk membunuh penduduk awam yang dilakukan oleh Israel dan IDF,” katanya lagi.

 

Sejak 7 Oktober 2023, sekurang-kurangnya 62,622 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak – manakala lebih 157,673 orang cedera akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza.
 

Sebelum ini, Ruffalo pernah menunjukkan solidariti apabila memakai pin merah Artists4Ceasefire semasa Anugerah Oscar sebagai tanda sokongan terhadap gencatan senjata.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video