Sekilas
- Mawar Rashid baru sahaja selesai menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah dengan perjalanan yang dipermudahkan dan tenang.
- Pelakon itu memohon doa agar umrahnya diterima dan diberikan keberkatan serta ketenangan sepanjang perjalanan.
- Mawar juga memohon maaf jika ada tutur kata atau perbuatannya yang menyinggung perasaan sesiapa, dan membuka pintu DM untuk sebarang perbincangan.
Pelakon, Mawar Rashid memaklumkan dirinya baru sahaja selesai menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah.
Menerusi perkongsian di Instagram, Mawar mamaklumkan perjalanan umrah kali ini dipermudahkan.
“Alhamdulillah, dengan izin Allah, Mawar baru sahaja selesai mengerjakan Umrah.
“Perjalanan kali ini sangat tenang, teratur dan dijaga dengan baik. Allah permudahkan.
“Dengan rendah diri, Mawar mohon doa kalian supaya Umrah Mawar diterima, diberikan keberkatan, ketenangan, dan moga Allah menjaga setiap langkah kita menuju kebaikan.
“Terima kasih atas doa dan kasih sayang kalian selama ini,” coretnya.
Dalam hantaran yang sama, Mawar juga turut memohon maaf andai ada yang terasa hati dengan tutur kata dan perbuatannya sama ada disedari ataupun tidak.
“Mawar ingin memohon maaf dari hati yang paling dalam... andai selama ini ada tutur kata yang terkasar, perbuatan yang menyinggung, atau apa sahaja kekurangan Mawar, sama ada yang Mawar sedar ataupun tidak.
“Jika ada yang tersimpan di hati, terasa, atau ada perkara yang ingin disampaikan, pintu DM Mawar sentiasa terbuka. Mawar terima dengan hati yang reda, kerana Mawar sedar setiap manusia tak lari dari khilaf,” coretnya.
Berikut merupakan perkongsian penuh Mawar: