Skip to main content

Hiburan

“Menang Kepala Ot*k Kau…” - Cik Epal 

“Menang Kepala Ot*k Kau…” - Cik Epal 

Sekilas

  • Cik Epal menegaskan bahawa anak-anaknya, Han dan Yuki, bukan barang dagangan untuk dipergunakan dalam konflik antara bekas suami isteri.
  • Beliau bimbang tekanan akibat konflik orang dewasa boleh memberi kesan negatif kepada emosi anak-anaknya.
  • Jofliam berkongsi keputusan mahkamah yang memberikan hak penjagaan anak kepadanya dan menggugurkan kes komitan terhadapnya.
Advertisement

Personaliti media sosial, Cik Epal tampil bersuara selepas bekas suaminya, Jofliam berkongsi mengenai keputusan mahkamah berkaitan hak penjagaan dua anak kandungnya, Han dan Yuki. 

Menerusi satu hantaran di Instagram, Cik Epal menegaskan bahawa kedua-dua anaknya bukanlah ‘barang dagangan’ yang sepatutnya digunakan dalam konflik antara orang dewasa.

Advertisement

“Han & Yuki bukan barang dagangan, bukan barang nak menangkan ego dan fitnah mak kandung jahat supaya anak tak hormat aku. Bukan barang nak menunjuk kasih sayang. Bukan barang nak mengemis nafkah tiap kali tukar giliran. Bukan barang menyakitkan hati atuk nenek, mak bapak aku.

“Bukan barang untuk jadi spy. Bukan barang untuk guilt trip supaya jangan gembira bila ada dengan aku,” tulisnya.

Cik Epal turut menyuarakan kebimbangannya sekiranya anak-anak terpaksa berdepan tekanan akibat konflik orang dewasa sehingga memberi kesan kepada emosi mereka.

“Saya tak nak Han & Yuki tak payah hadap stres macam pakar bagitahu sebab kena hasut, sampai sanggup cakap aku ni perempuan murah kena cerai.

“Sampai sanggup biarkan anak ingat kau dan hamak bersekedudukan tu okey,” katanya.

Dalam hantaran sama, Cik Epal mendakwa dirinya tidak mahu menggunakan pendekatan yang boleh membuatkan anak-anak membenci salah seorang daripada mereka. 

Bagaimanapun, dakwaan dan tuduhan yang dibuat dalam hantaran tersebut merupakan pandangan serta kenyataan daripada pihak Cik Epal dan tidak dapat disahkan secara bebas.

“Saya tak busuk macam kau dan hamak hasut anak benci bapak. Saya tak nak anak-anak dihasut. Saya tak nak anak-anak rasa broken home. 

“Itu anak, bukan binatang. Kalau nak jadi low, silakan. Leave the kids out of your filthy marriage and business. Let the kids be kids,” ujarnya. 

Terdahulu, Jofliam meluahkan rasa syukur selepas mahkamah membuat keputusan untuk menyerahkan hak penjagaan anak, Han dan Yuki diberikan kepadanya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Jofliam juga memaklumkan mahkamah telah menggugurkan kes komitan terhadapnya.


 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement