Skip to main content

Hiburan

“Mereka Ada Hak Ke Atas Saya & Saya Sendiri Ada Pilihan…” - Neelofa

Neelofa

Sekilas

  • Neelofa memilih untuk memperlahankan aktiviti dalam dunia hiburan bagi memberi tumpuan kepada keluarga dan membesarkan anak-anaknya.
  • Dia menegaskan tidak bersara, sebaliknya menyusun semula keutamaan sebagai isteri dan ibu sambil masih menerima tawaran hiburan.
  • Rutin hariannya kini dipenuhi dengan tanggungjawab menjaga keluarga dan perniagaan, jadi dia belum sempat merindui dunia seni.
Advertisement

Masih menerima pelbagai tawaran dalam dunia hiburan, selebriti dan usahawan, Neelofa berkata dia lebih memilih untuk memperlahankan langkah buat sementara waktu.


 

Advertisement

Keputusan itu bukan kerana mahu bersara, sebaliknya menganggap keutamaan hidupnya kini adalah keluarga serta membesarkan anak-anak yang masih kecil yang memerlukan perhatian penuh.

 

“Saya memang duduk rumah sajalah buat masa sekarang. Ada yang ajak saya buat filem dan beberapa program. Cuma bagi saya, macam sekarang ini saya kena berlaku adil kepada anak-anak. 

 

“Mereka ada hak ke atas saya dan saya sendiri ada pilihan. Ada sesetengah orang tiada pilihan, kena kerja dan sebagainya. Tapi saya pilih untuk duduk bersama mereka (anak-anak) serta banyakkan masa bersama-sama.

Advertisement

 

“Kita tak tahu lagi apa terjadi dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang. Mungkin ada program televisyen atau selebihnya,” katanya.

 

Neelofa turut menjelaskan, dia tidak pernah mengumumkan persaraan sebaliknya, hanya mengambil keputusan untuk menyusun semula keutamaan dalam kehidupannya sebagai seorang isteri dan ibu. 

 

“Iya, masih ada tawaran sampai sekarang, syukur. Cuma saya cakap tak boleh. Saya tak pernah cakap saya bersara tapi mungkin ‘timeline’ dia bukan untuk hiburan buat masa ini,” katanya lagi.

 

Neelofa turut mendedahkan, dia belum sempat merindui dunia seni kerana rutin hariannya kini dipenuhi dengan tanggungjawab menguruskan keluarga di samping memberi perhatian kepada perniagaan yang diusahakan.

 

“Tak sempat nak rindu (dunia hiburan) sebab penat ada dua orang anak. Saya rasa macam walaupun banyak masa di rumah, masih tak sempat nak bagi (perhatian) sepenuhnya.

 

“Ada masa kita nak rehat, ada masa nak kena jaga perniagaan, ada masa nak masak, layan atau main dengan anak-anak.

 

“Saya rasa tak sempat nak fikir benda luar. Kalau mereka dah besar dan sudah sekolah, mungkin masa itu saya rasa ada waktu lapang, kena buat sesuatu,” tambahnya lagi.

 

Anda mungkin berminat dengan

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

[7.7 Exclusive Offer] REJURAN Dual Effect Ampoule in Mask Firming & Radiance 5 Sheets | Firming, Radiance, Plumping

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Suu Balm Rapid Itch Relief Spray Moisturiser 40ml/100ml (EXP: 08/2027)

Suu Balm Rapid Itch Relief Spray Moisturiser 40ml/100ml (EXP: 08/2027)

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

Vacuum Bag Clothes Organization Vacuum Storage Bag Vacuum Plastic Bag With Electric Pump Plastik Vacum Bag Vakum Beg

Vacuum Bag Clothes Organization Vacuum Storage Bag Vacuum Plastic Bag With Electric Pump Plastik Vacum Bag Vakum Beg

Must Watch Video

Advertisement