Skip to main content

Viral

Mia Sara Pilih Kunci Mulut, Pengurusan; "Jika, Bila Masa Tepat Sampai, Baru Kami Akan Jelaskan Isu Terbabit"

mia_aqish

Sekilas

  • Pelakon Puteri Balqis menempelak Mia Sara Nasuha secara terbuka di media sosial, mendakwa Mia pernah memalukan keluarganya dan menunjukkan sikap hipokrit.
  • Wakil pengurusan Mia Sara dari Xeno Entertainment memilih untuk tidak mengulas lanjut dan akan memberi kenyataan rasmi apabila tiba masa yang sesuai.
  • Isu ini turut melibatkan dakwaan Mia Sara 'kaki clubbing' dan tidak sepadan imej bertudung, serta tuntutan agar Mia memohon maaf kepada ibu Puteri Balqis.

Media sosial 'panas' apabila pelakon Puteri Balqis tampil 'menempelak' pelakon Mia Sara Nasuha hingga ada netizen membuka kisah gelap bintang remaja itu yang menjadi sorotan terkini.

Rentetan isu itu, wakil pengurusan Mia Sara dari Xeno Entertainment enggan memanjangkan perkara terbabit sambil memaklumkan menunggu masa tepat untuk memberi kenyataan rasmi.

"Sebenarnya kami memutuskan untuk tidak mahu komen apa-apa buat masa sekarang. Tidak pasti ke tahap mana isu ini akan pergi dan mengeluarkan komen pun tidak membantu.

"Jika dan bila masa yang tepat sampai, serta selepas apa bentuk tindakan perlu diambil, barulah kami akan jelaskan berkenaan isu terbabit," demikian kenyataan jurucakap syarikat berkenaan.

Kelmarin, Puteri Balqis atau nama sebenarnya Puteri Balqis Azizi, 19, membuat pendedahan mengejutkan apabila secara terbuka memetik nama Mia Sara, 21, yang didakwa pernah memalukan ibunya serta keluarganya.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Puteri Balqis atau mesra disapa Aqish meluahkan rasa terkilan dan menyifatkan tindakan Mia Sara menangis di hadapan wartawan, baru-baru ini sebagai usaha meraih simpati.

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia 2014 itu turut mendakwa Mia Sara pernah meninggalkan komen dan menyukai komen berunsur penghinaan terhadap dirinya dan ibunya, Norashikin Abdul Aziz, di media sosial.

"Secara terbuka kau komen kata mak aku tak didik aku. Kau sebut mak aku. Kau 'like' komen yang berunsur penghinaan terhadap aku dan mak aku. Untuk apa kau buat semua tu?" tulis Aqish lagi.

Aqish turut mendakwa, percubaan memperdaya ibunya menggunakan namanya sebagai alasan tawaran kerja turut berlaku.

"Kau ingat aku lupa? Kami diam bertahun. Semua orang tahu keluarga kami teruk, kucar-kacir, huru-hara, bertatu satu badan. Tapi tak perlu khianat keluarga kami dalam diam," katanya.

Aqish turut menempelak sikap Mia Sara yang didakwanya berbeza antara kehidupan peribadi dan imej di media sosial.

Sementara itu, satu hantaran di Threads mendapat perhatian apabila Mia Sara didakwa 'kaki clubbing' dan tidak sepadan imej bertudung.

Pada masa sama, Aqish turut menaikkan isu terbabit menerusi Instagram Story (IGs) untuk menuntut Mia Sara meminta maaf kepada ibunya, Norashikin.

Sumber: Harian Metro

Anda mungkin berminat dengan

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Casual Women’s Backless Bow Top with Semi-transparent Organza Bubble Sleeves

Casual Women’s Backless Bow Top with Semi-transparent Organza Bubble Sleeves

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

[S - 7XL]TSHIRT DEWASA LELAKI DAN PEREMPUAN BORONG MURAH !!!! 1.50-4.70 PALING CANTIK

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

Eucerin Hyaluron Radiance-Lift Filler 3D Serum 30ml

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

(Hot) Lovito Casual Striped Ruched Dress for Women L121MD302

(Hot) Lovito Casual Striped Ruched Dress for Women L121MD302

Advertisement