Skip to main content

Filem

Mierul Aiman Tampil Dalam Teaser Kedua ‘TARUNG: Unforgiven’

Astro Gempak

Sekilas

  • Teaser terbaru filem aksi TARUNG: Unforgiven telah dikongsi di media sosial Astro Gempak, menampilkan poster dengan pelakon Mierul Aiman dalam posisi bersedia bertarung.
  • Filem ini diarahkan oleh Razaisyam Rashid, yang sebelum ini terkenal dengan filem Pusaka dan siri Kahar: Kapla High Council.
  • TARUNG: Unforgiven dijadualkan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 7 Mei 2026, dengan janji aksi dan jalan cerita yang mendebarkan.
Advertisement

Keterujaan terhadap filem aksi TARUNG: Unforgiven semakin memuncak apabila satu lagi teaser terbaharu dikongsi menerusi media sosial Astro Gempak.

Hantaran tersebut memaparkan poster baharu yang menampilkan pelakon Mierul Aiman dilihat berada dalam posisi bersedia untuk berlawan dengan gaya pertarungan.

Advertisement

 

 Filem TARUNG: Unforgiven merupakan karya terbaharu arahan pengarah Razaisyam Rashid selepas kejayaan filem Pusaka serta fenomena siri Kahar: Kapla High Council yang mendapat sambutan hangat penonton.

 

Advertisement

Filem aksi tersebut dijangka membariskan pelakon hebat tanah air selain menjanjikan jalan cerita penuh debaran dan aksi.

Sekadar info, TARUNG: Unforgiven dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

Must Watch Video

Advertisement