Sekilas
- Kumpulan Nanas yang dianggotai Achey, Namie dan Shashic menduduki tempat pertama dan mara ke peringkat akhir Muzikal Lawak Superstar musim kelima.
- Dua kumpulan, Bahyim dan Lompat, tersingkir manakala Roda, Kimbab dan Puteh turut berjaya ke final.
- MLS5 dihoskan oleh Datuk AC Mizal dan disiarkan secara langsung setiap Sabtu di Astro Prima, dengan kandungan eksklusif di Astro GO dan sooka.
Minggu separuh akhir Muzikal Lawak Superstar musim kelima (MLS5) menyaksikan kumpulan Nanas menduduki tempat pertama.
Kedudukan itu sekaligus membuatkan Nanas yang dianggotai oleh Achey, Namie dan Shashic mara ke peringkat akhir MLS5.
Minggu ini juga menyaksikan Nanas merupakan penerima Gempak Superstar of The Week.
Di sebalik berita gembira itu, dua kumpulan terpaksa akur meninggalkan pentas MLS5 iaitu Bahyim dan Lompat apabila nama mereka diumumkan sebagai bintang yang tersingkir.
Manakala tiga lagi kumpulan yang berjaya mara ke final adalah Roda, Kimbab dan Puteh.
Berikut merupakan senarai markah penuh:
1. NANAS - 84.40%
2. RODA - 73.43%
3. KIMBAB - 66.79%
4. PUTEH - 62.64%
5. BAHYIM - 54.89%
8. LOMPAT - 54.18%
MLS5 dihoskan oleh pengacara versatil, Datuk AC Mizal manakala Datuk Aznil Hj Nawawi, Zizan Razak dan Bella Astillah diberi tanggungjawab sebagai juri tetap.
MLS5 bersiaran secara langsung di Royal Theater Shah Alam, setiap Sabtu, jam 9.00 malam di Astro Prima (saluran 105).
Penonton juga boleh menyaksikan kandungan eksklusif di sebalik tabir serta sebuah perjalanan yang pastinya tidak akan dilupakan apabila setiap empayar bangkit atau tumbang di pentas MLS5 melalui On Demand di Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One, hanya RM49.99 sebulan.
Strim hiburan tanpa henti untuk seisi keluarga dan tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan pada harga RM139.99 sebulan.
Layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838 untuk melanggan atau menaik taraf hari ini.