Skip to main content

Hiburan

Modal Cecah RM4 Juta! Khairul Aming Umum Buka Restoran ‘Rembayung’, Mula Operasi Januari Depan - “Setahun Simpan Rahsia…”

dfbdf

Sekilas

  • Khairul Aming mengumumkan pembukaan restoran pertamanya, Rembayung, yang akan beroperasi mulai Januari tahun depan di Kampung Baru dengan pelaburan RM4 juta.
  • Restoran ini menandakan langkah baru Khairul Aming selepas 10 tahun dalam dunia digital, dan dibina di atas tanah seluas 8,000 kaki persegi.
  • Seramai 50 anak muda tempatan telah diambil bekerja tanpa mengetahui restoran itu milik Khairul Aming, menarik perhatian peminat yang teruja dengan konsep makanan ala kampung.

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengejutkan ramai apabila mengumumkan pembukaan restoran pertamanya ‘Rembayung’ yang dijangka beroperasi mulai Januari tahun depan.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Khairul Aming berkata, projek tersebut adalah antara pelaburan terbesar pernah dilakukannya sepanjang bergelar usahawan.

“Selepas setahun simpan rahsia, I’m pleased to announce restoran pertama Khairulaming.

“Dengan menelan modal RM4 juta, kita bina bangunan dari scratch di atas tanah kosong seluas 8,000 kaki di Kampung Baru, jarak sembilan minit dari KLCC. Ini adalah investment terbesar KA pernah buat untuk satu projek,” katanya.

Menurut Khairul Aming, pembinaan restoran itu menandakan permulaan baharu dalam dunia perniagaan selepas 10 tahun membina jenama dalam dunia digital.

“Selepas 10 tahun dalam dunia online, I’m finally ready untuk mulakan langkah ke dunia offline. Ini adalah permulaan untuk planning KA 10 tahun yang seterusnya. Selamat datang ke Rembayung,” ujarnya.

Dalam masa sama, Khairul Aming turut berkongsi bahawa sebanyak 50 anak muda tempatan telah diambil bekerja bagi menggerakkan operasi restoran berkenaan.

Menariknya, mereka sendiri pada awalnya tidak mengetahui bahawa perniagaan itu adalah miliknya.

“50 anak tempatan ditawarkan masuk kerja, kerja mereka tak tahu pun ni kedai KA… bila dah diterima masuk kerja baru tahu,” katanya.

Pembukaan restoran tersebut menerima reaksi positif peminat dan warga maya yang teruja menantikan konsep serta hidangan makanan ala kampung yang bakal ditawarkan di Rembayung.

 

Sumber: Instagram

Must-Watch Video

Advertisement