Skip to main content

Hiburan

Mula Aktif Di Threads, Hantaran A. Aida Undang Tawa Ramai - “Ya Allah Panjangkan Umur Anakku & Pendekkan…”

Datuk A. Aida

Sekilas

  • Datuk A. Aida mencuri perhatian di Threads dengan ciapan lucu memanjatkan doa agar umur anaknya panjang dan bil shopping pendek.
  • Perkongsian gambar bersama anaknya, Azeva Natassha, mendapat reaksi terhibur daripada ramai netizen.
  • Azeva turut memberi respon kelakar bertanya siapa ajar ibunya bermain Threads selepas A. Aida aktif berkongsi hantaran sejak membuka akaun baru.
Advertisement

Pengarah dan penerbit terkenal, Datuk A. Aida mencuri perhatian ramai apabila memuat naik satu hantaran mencuit hati menerusi satu perkongsian yang dibuat di Threads.

Menerusi ciapan yang dibuat, A. Aida yang memuat naik beberapa gambar bersama anaknya, Azeva Natassha mengundang reaksi lucu selepas memanjatkan doa ke atas anaknya itu.

Advertisement

“Ya Allah panjangkanlah umur anak ku dan pendekkan pula bil shooping dia,” selorohnya.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa terhibur dengan ciapan tersebut.

Sementara itu, menerusi hantaran lain, Azeva yang juga bekas peserta program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) sempat memberikan respon bertanyakan bagaimana ibunya itu boleh terjebak mempunyai akaun Threads.

“Siapa ajar mak saya main Threads ni? Hmm bye,” kongsi Azeva.

Terdahulu, A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang baru sahaja membuka akaun Threads pada Isnin dan sejak itu aktif berkongsi pelbagai hantaran yang mencuit hati pengikutnya.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement