Skip to main content

Hiburan

Nadzmi Adhwa Pertikai Komen Wak Doyok - “Adakah Dia Terpaling Handsome Kat Malaysia Sampai Boleh…”

Nadzmi Adhwa

Sekilas

  • Pelakon Nadzmi Adhwa mempersoalkan tindakan Wak Doyok yang dikatakan mengkritik penampilan seorang individu di media sosial.
  • Wak Doyok mengkritik aktivis kemanusiaan Haroqs yang membuang coklat ke laut ketika misi ke Gaza, dengan komen yang turut menyentuh rupa paras Haroqs.
  • Komen Wak Doyok itu dipadam selepas mendapat kecaman netizen mengenai adab dan cara kritikannya.
Advertisement

Pelakon, Nadzmi Adhwa mempersoalkan tindakan pempengaruh dan ikon fesyen terkenal iaitu Wak Doyok yang didakwa telah mengkritik penampilan seorang individu di media sosial.

Menerusi Threads, pemilik nama Nadzmi atau Nadzmi Adhwa Nor Adzmi ini berasa kurang senang dengan tindakan segelintir pihak yang dianggap terlalu mudah menghina rupa paras orang lain.

Advertisement

“Nak tanya ni adakah Wak Doyok tu terpaling hensem kat Malaysia ni sampai boleh hodohkan orang dan burukkan orang sesuka hati? Tanya dengan nada ingin tahu,” tulisnya.

Terdahulu, Wak Doyok difahamkan mengkritik tindakan aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, Haroqs yang bertindak mencampak coklat di laut ketika sedang berlayar ke Gaza, Palestin.

“Dah lah tak handsome bodoh pula tu. Rosak eko sistem dalam laut bodoh. Kalau termakan gula-gula oleh sang penyu boleh mati. Kebodohan yang di tonton umum,”tulis Wak Doyok.

Advertisement

Walau bagaimanapun, Wak Doyok dilihat telah memadam komen tersebut selepas mendapat kecaman daripada segelintir netizen yang mempersoal adabnya yang dilihat menyentuh penampilan Haroqs.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

Zara Awliya | Telekung TRAVEL NAOMI [Free Bag Telekung]

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

PUMA BASE Half Moon Side Bag Black Casual Lightweight Portable 09250901 [Le Mai.com]

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Biji Sawi Mix/Gila-gila/Kendi Kikir/Kendi Bulat

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

Must Watch Video

Advertisement