Sekilas
- Usahawan dan pempengaruh Jofliam berkongsi video piza Wagyu yang dibuatnya di Insta Story.
- Video menunjukkan Jofliam mencuba piza tersebut dan memuji kelembutan daging serta doh piza.
- Netizen kurang senang dengan cara Jofliam mengambil dan makan piza dalam video itu.
- Ramai juga berpendapat piza tersebut kelihatan lembik, pucat, dan kurang menyelerakan berbanding kata-kata Jofliam.
- Jofliam sebelum ini pernah dikritik kerana harga piza yang mahal dan dakwaan menggunakan daging batang pinang, namun dia menafikan dan menegaskan menggunakan 100% daging Wagyu.
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Jofliam sekali lagi mendapat perhatian netizen selepas berkongsi video piza Wagyu yang dibuatnya.
Menerusi perkongsian di Insta Story miliknya, video pendek tersebut merakamkan Joe sedang mencuba kualiti piza Wagyu yang telah siap dibakar selain ingin menunjukkan tahap kelembutan daging tersebut.
“Qc daging dan dough, dua dua cair dalam mulut,” tulisnya.
Bagaimanapun lain pula jadinya apabila netizen berasa kurang senang melihat cara Joe mengambil piza itu dan menyuapkannya ke dalam mulut.
Malah kata netizen, piza yang ditunjukkan itu juga kelihatan lembik, pucat dan kurang menyelerakan, tidak sama seperti apa yang diperkatakan Joe sebelum ini.
Antara komen netizen adalah:

Sebelum ini, hidangan piza wagyu Jofliam mendapat kritikan kerana harganya dikatakan terlalu mahal untuk sebiji piza.
Malah Jofliam juga pernah dikatakan daging yang digunakan dalam hidangan piza wagyu keluarannya adalah daging batang pinang.
Bagaimanapun, Jofliam menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan setiap piza keluarannya menggunakan 100 peratus daging wagyu