Sekilas
- Pelakon Nina Fazurina tidak malu berniaga minuman jenama sendiri, MINOM, di gerai tepi jalan walaupun pernah bergelar selebriti.
- Beliau menegaskan mencari rezeki halal adalah perkara yang patut dibanggakan dan kini aktif menjual di pelbagai acara.
- Netizen meluahkan rasa rindu dan berharap Nina kembali berlakon di kaca TV selepas lama tidak muncul dalam drama.
Pelakon, Nina Fazurina mengakui tidak malu mencari rezeki dengan berniaga di gerai tepi jalan meskipun pernah bergelar selebriti.
Menurut Nina, tiada apa yang perlu dimalukan dalam mencari rezeki halal malah dia sendiri kini aktif menjual minuman jenama miliknya di pelbagai acara.
"Akak pun dulu pelakon dik. Artis lagi. Sekarang berniaga air buah jenama akak sendiri, MINOM, di event-event.
"Apa nak malu... cari rezeki halal kan," balas Nina.
Pelakon yang popular dengan sitkom Dunia Anita itu berkata demikian selepas membalas sebuah hantaran daripada seorang individu yang berkongsi mengenai kerjayanya sebagai penjual cucur pisang.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa rindu untuk melihat Nina kembali berlakon di kaca TV.
“Lamanya xnampak akak berlakon. padahal masa zmn sklh suka tgk akak berlakonnn dengan Nora Danish
“Anitaaaa.. hahahaha.. one of my feveret artis dlu weyyy..
“Akak ninaaaaa! Comel je reply mesej threads! Lama x nampak akak nina berlakon
“Eh, dulu waktu budak saya paling suka kalau akak ada dalam drama
“Akak please belakon balik,” komen netizen.