Skip to main content

Hiburan

Penampilan Dikatakan Tak Seiring Dengan Lagu? SOG Terima Dengan Hati Terbuka - “Dosa Pahala Bukan Tugas Manusia”

Sekumpulan Orang Gila (SOG)

Sekilas

  • Sekumpulan Orang Gila (SOG) akui sering menerima pandangan negatif terhadap imej luaran mereka, namun mereka lebih fokus pada mesej positif dalam karya mereka.
  • Vokalis Raja Nazrin menegaskan pentingnya tidak menilai seseorang hanya dari luaran dan melihat isi karya secara menyeluruh.
  • SOG baru sahaja melancarkan lagu kolaborasi bersama Aizat Amdan berjudul Ajar Aku yang menggabungkan elemen emosi dan muzik post-hardcore.

Kumpulan rock, Sekumpulan Orang Gila (SOG) mengakui mereka sering menerima pandangan negatif segelintir pihak terhadap imej luaran mereka berbanding karya yang mereka hasilkan.

Walau bagaimanapun, Raja Nazrin selaku vokalis utama memaklumkan bahawa mereka tidak pernah terasa hati sebaliknya lebih mementingkan pengajaran yang ingin disampaikan melalui karya mereka.

"Kadang ada yang persoalkan buat lagu insaf tapi penampilan kami bersubang dan sebagainya. Pada pendapat saya mengapa tidak kita ambil sahaja sesuatu yang baik berbanding tidak.

“Sejujurnya, kami memang tidak ambil hati dengan segala kecaman yang dilemparkan. Soal dosa dan pahala bukan tugas manusia untuk menentukan," katanya kepada Gempak.

Raja Nazrin berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di pelancaran lagu kolaborasinya bersama Aizat Amdan dan Sekumpulan Orang Gila (SOG) yang berjudul Ajar Aku di Roberts Theatre, The Campus Ampang pada Khamis.

Tambah Raja Nazrin, dia menganggap kemunculan SOG yang dilihat semakin kerap di arus perdana ini seharusnya dijadikan ruang untuk menyampaikan mesej positif kepada masyarakat.

"Sebenarnya apabila lebih dikenali adalah peluang untuk memberi pengajaran kepada manusia di luar sana. Kita nak baca buku bukan lihat kulit buku sahaja.

"Ada ketika orang berilmu yang kata ‘don’t judge a book by its cover’, tetapi kadang kala mereka sendiri yang ‘judge’. Sebenarnya perlu baca intipati sepenuhnya,” katanya lagi.

Sementara itu, adik kepada Raja Nazrin yang juga pemain dram SOG iaitu Raja Nazmin pula berpendapat bahawa mereka sangat memahami dengan lumrah sifat manusia yang lebih cenderung menilai berdasadkan kepada luaran seseorang.

"Tetapi tidak boleh tepis dengan sikap manusia yang hanya melihat luaran sahaja. Bukan salah mereka, tetapi itu realitinya. Lebih baik maafkan mereka, kerana mungkin kami lah punca sehingga mereka berkata sebegitu.

"Hak mereka untuk menilai lebih dalam atau cukup menilai sekadar dari luaran sahaja. Itu keputusan mereka. Yang penting kami tidak menilai mereka.

"Manusia tidak akan pernah lari daripada berbuat salah. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini, itu adalah sifat manusia. Kalau nak sempurna baik jadi robot atau kahwin dengan robot."

Dalam perkembangan lain, SOG tampil dengan lagu kolaborasi terbaharu bersama penyanyi, Aizat Amdan yang berjudul Ajar aku.

Lagu tersebut menggabungkan elemen emosi serta penceritaan mendalam yang sinonim dengan Aizat bersama kekuatan muzik post-hardcore SOG, sekali gus melahirkan sebuah karya pop rock yang sarat dengan tenaga dan perasaan.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Advertisement