Skip to main content

Viral

Penangan BASS, Pelbagai Ragam Rakyat Malaysia Tonton Majlis Pertunangan! Ada Yang Tak Boleh Fokus Open House & Mak Mak Pun Menangis Terharu

AstroGempak penangan bass rakyat malaysia

Sekilas

  • Majlis pertunangan Bella Astillah dan Syed Saddiq menjadi tumpuan ramai dengan liputan eksklusif Astro yang disiarkan secara langsung di pelbagai platform termasuk TV dan digital.
  • Rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan, termasuk golongan ibu dan selebriti, menunjukkan reaksi emosi yang mendalam serta berkongsi pengalaman mereka mengikuti majlis tersebut di media sosial.
  • Kisah cinta pasangan BASS ini berjaya mencuri perhatian dan menyentuh hati ramai, membuktikan fenomena ini mendapat sambutan hangat di seluruh negara.

Fenomena pasangan romantis iaitu aktres Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencuri perhatian ramai apabila majlis pertunangan mereka yang berlangsung pada Sabtu menjadi topik hangat di media sosial.

Astro, selalu pemegang hak eksklusif sebagai penyiar rasmi bagi majlis pertunangan pasangan yang dikenali sebagai BASS ini berjaya mencetuskan pelbagai reaksi dan gelagat mencuit hati rakyat Malaysia sepanjang bersiaran.

 

 

Menerusi perkongsian netizen di pelbagai platform media sosial, rata-rata meluahkan penghargaan kepada Astro kerana memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyaksikan momen berharga tersebut secara langsung.

Menariknya, liputan majlis ini bukan sahaja tertumpu di kaca televisyen, malah diperluaskan secara menyeluruh merentasi pelbagai medium di bawah Astro. 

Siaran boleh ditonton menerusi saluran TV seperti Astro Ria dan Astro Awani, selain turut disokong oleh platform digital popular seperti Gempak, MeleTOP dan ERA.

Dalam masa sama, kandungan berkaitan majlis pertunangan ini turut ‘mendominasi’ media sosial termasuk TikTok, Instagram dan Facebook, selain disiarkan secara meluas di laman web rasmi seperti Gempak.com. 

Malah, kisah pasangan ini juga ‘diangkat’ oleh portal lain seperti XUAN dan Ulagam, sekali gus memperluaskan lagi capaian kepada pelbagai lapisan penonton.

Sumber: Threads @nazirahamshah

Sementara itu, berkongsi mengenai ragam rakyat Malaysia, lebih mencuit hati adalah terdapat juga individu yang berkongsi bahawa mereka langsung tidak dapat memberi fokus ketika menghadiri rumah terbuka kerana terlalu asyik mengikuti perkembangan majlis pertunangan BASS.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi golongan ibu-ibu atau ‘mak-mak’ turut tidak terkecuali daripada terkena tempias emosi apabila ramai yang dilihat terharu sehingga mengalirkan air mata menyaksikan momen penuh makna tersebut.

Ada yang menyifatkan majlis itu sebagai momen yang sangat menyentuh hati, terutamanya apabila melihat kesungguhan dan keikhlasan yang dipamerkan oleh kedua-dua belah pihak keluarga.

Selain itu rakan selebriti juga tidak melepaskan peluang menonton majlis pertunangan Bella dan Saddiq antaranya pelakon, Daphnie Iking dan juga pempengaruh, Abewee termasuklah pengguna sosial media.

Fenomena ini sekali lagi membuktikan bahawa kisah cinta pasangan BASS bukan sahaja mendapat perhatian, malah berjaya menyentuh emosi pelbagai lapisan masyarakat.

Berikut merupakan antara ragam rakyat Malaysia ketika menonton majlis pertunangan Bella dan Saddiq:

@abewee1 Maaf kalau lambat sikit sampai raya open house. Sikit lagi dah nak habis ni 🥹 Sweetnyaaa 🫶🏻🥰 #BellaSyedYes ♬ Satu Shaf Dibelakangku - Arvian Dwi

@tiakkksayangg

o yem giii congg

♬ original sound - 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

@husaida2017 Dari Sarawak Hadir Tepat Jam 3 petang 😜😜🤣🤣😅😅 #bellasyedyes #bass #fyp #engagement #syawal ♬ original sound - ROCKLY_007 🇲🇾🎸

@mkteam.pov aku yg hnsem pun excited apa lagi yg biase2🙏🏻😜#bellaastillah #syedsaddiq #bellasyedsaddiq #BASS #fyp ♬ bunyi asal - tsyaaerr

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

[medicube official] PDRN Pink Serum Mist | Serum Semburan | Keanjalan | Penghalang Kulit | Glutathione Peptida Niacinami

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

My Ballerine Jenny Comfy Sandals

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

Uniqlo Premium Linen Shirt | Long Sleeve

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Must-Watch Video

Advertisement