Skip to main content

Hiburan

Pengarah Belanja Video Latihan Tarung: Unforgiven, Ramai Puji Langkah Silat Aedy Ashraf - “Padu Sangat!”

Astro Gempak 477

Sekilas

  • Video latihan silat pelakon Aedy Ashraf untuk filem Tarung: Unforgiven mendapat pujian ramai di TikTok kerana aksi yang sangat realistik.
  • Netizen kagum dengan kesungguhan Aedy mempelajari seni silat dan memuji gerakan silatnya yang padu.
  • Filem Tarung: Unforgiven sudah ditayangkan sejak 7 Mei dan berjaya meraih kutipan RM15.7 juta dalam 11 hari, dengan jelajah Zon Utara bermula 22 hingga 24 Mei.
Advertisement

Video latihan silat pelakon dan penerbit Tarung: Unforgiven, Aedy Ashraf mencuri perhatian ramai selepas dimuat naik pengarah filem tersebut, Razaisyam Rashid dalam TikTok.

Menerusi perkongsian tersebut, Razaisyam memaparkan sesi latihan Aedy bersama pelakon Ubai Amir bagi menjayakan babak aksi dalam filem berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji kesungguhan Aedy mempelajari seni silat selain menyifatkan aksi dipamerkan kelihatan sangat realistik.

 

@razaisyamrashid

Jom Tarung sekarang!!!

♬ original sound - Razaisyam Rashid

 “Ni berlakon ke real ye? Dah macam Hollywood.

“Aku tak tahu beza real ke berlakon sebab padu sangat,” komen beberapa netizen.

Tidak kurang juga yang memuji gerakan silat dipamerkan Aedy dalam video tersebut.

“Bestnya langkah silat Aedy, padu,” tulis seorang pengguna lain.

Tarung: Unforgiven membariskan pelakon seperti Mierul Aiman, Bront Palarae, Zul Ariffin, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Sky Iskandar dan Aeril Zafrel.

Filem tersebut mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 7 Mei lalu dan dilaporkan berjaya meraih kutipan RM15.7 juta selepas 11 hari tayangan.

Barisan pelakon filem itu juga bakal turun padang menerusi siri jelajah Zon Utara bermula 22 hingga 24 Mei ini.

Advertisement

 

Anda mungkin berminat dengan

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

LANEIGE Lip Sleeping Mask

LANEIGE Lip Sleeping Mask

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Must Watch Video

Advertisement