Skip to main content

Hollywood

Penggambaran The Batman Part II Ditangguhkan, Pengarah Matt Reeves ‘Cuti’ Urusan Keluarga

Penggambaran The Batman Part II Ditangguhkan, Pengarah Matt Reeves ‘Cuti’ Urusan Keluarga

Sekilas

  • Penggambaran filem The Batman Part II dihentikan sementara bagi memberi ruang kepada pengarah Matt Reeves untuk fokus kepada urusan keluarga.
  • Filem ini dijadualkan ditayangkan pada 18 Februari 2028, namun kesan penangguhan penggambaran terhadap tarikh tayangan masih belum pasti.
  • Robert Pattinson kembali sebagai Batman, dengan barisan pelakon baru termasuk Scarlett Johansson dan Sebastian Stan.
Advertisement

Penggambaran filem The Batman Part II terbitan Warner Bros dan DC Studios terpaksa dihentikan sementara selepas pengarahnya, Matt Reeves, mengambil masa untuk memberi tumpuan kepada urusan keluarga.

Perkara itu disahkan pihak studio menerusi satu kenyataan pada Isnin, lapor Deadline.

Advertisement

“Produksi The Batman Part II dihentikan sementara bagi memberi ruang kepada Matt Reeves untuk fokus kepada urusan keluarga.

“Reeves mendapat sokongan penuh daripada DC Studios dan kami tidak sabar untuk meneruskan perjalanan ini tidak lama lagi,” menurut kenyataan tersebut.

Sebelum penggambaran dihentikan, produksi filem berkenaan sedang berlangsung di London.

Advertisement

The Batman Part II dijadualkan menemui penonton pada 18 Februari 2028.

Bagaimanapun, sumber memaklumkan masih terlalu awal untuk menentukan sama ada penangguhan produksi itu akan memberi kesan terhadap tarikh tayangan yang telah ditetapkan.

‘Gangguan’ terbaharu ini berlaku selepas filem berkenaan beberapa kali mengalami perubahan pada jadual tayangannya.

Pada awalnya, sekuel ini dijadualkan menemui penonton pada Oktober 2025, sebelum tarikh tersebut ditunda ke Oktober 2027 dan sekali lagi ditangguhkan pada awal tahun ini.

Kini, The Batman Part II dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 18 Februari 2028.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan sama ada penangguhan penggambaran terbaharu ini akan memberi kesan terhadap tarikh tayangan tersebut.

Filem berkenaan menyaksikan Robert Pattinson kembali sebagai Batman, manakala Andy Serkis dan Colin Farrell masing-masing mengulangi watak Alfred dan Penguin.

Pattinson dalam satu temu bual sebelum ini menyifatkan skrip filem berkenaan sebagai “sangat padat”, malah mengakui jalan ceritanya mengandungi terlalu banyak perkara yang berlaku sehingga agak sukar untuk memahami keseluruhan kisah pada satu-satu masa.

Bagaimanapun, aktor tersebut mengakui setiap perkara mula menunjukkan kaitannya apabila Reeves mendedahkan lebih banyak perancangannya.

Beliau juga menyifatkan Reeves merupakan seorang pengarah yang jelas sudah mempunyai gambaran keseluruhan filem berkenaan dalam fikirannya.

Antara barisan pelakon baharu yang turut menyertai sekuel berkenaan ialah Scarlett Johansson, Sebastian Stan, Brian Tyree Henry, Jayme Lawson, Charles Dance, Gil Perez-Abraham dan Sebastian Koch.

The Batman Part II merupakan kesinambungan kepada filem The Batman yang diterbitkan pada 2022 dan sekali lagi menampilkan Pattinson sebagai adiwira ikonik DC tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Must Watch Video

Advertisement