Skip to main content
Advertisement

Filem

Poster TARUNG: Unforgiven Cetus Keterujaan Ramai - “Memang Wow, Tak Sabar Nak Tengok..”

Astro Gempak 359

Sekilas

  • Poster rasmi filem aksi TARUNG: Unforgiven yang menampilkan Mierul Aiman dan Aedy Ashraf telah dikongsi, menunjukkan suasana pertarungan penuh intensiti.
  • Filem arahan Razaisyam Rashid ini turut menampilkan pelakon popular seperti Bront Palarae, Zul Ariffin, Azira Shafinaz, dan Sharifah Sakinah.
  • TARUNG: Unforgiven dijadualkan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026 dan mendapat sambutan hangat daripada netizen.
Advertisement

Keterujaan terhadap filem aksi TARUNG: Unforgiven semakin memuncak apabila poster rasmi karya tersebut mula dikongsi kepada umum.

Menerusi hantaran di Astro Gempak, poster terbaharu itu menampilkan dua pelakon utama, Mierul Aiman dan Aedy Ashraf yang dilihat berada dalam posisi bersedia untuk berlawan dengan gaya pertarungan penuh intensiti.

Advertisement

 

 Perkongsian tersebut turut mengundang perhatian ramai apabila rata-rata netizen meluahkan rasa tidak sabar menantikan tayangan filem berkenaan.

 

Advertisement

“Tak sabarnya nak bertarung,” komen seorang pengguna.

“Tak sabar nak tengok,” tulis netizen lain.

“This poster memang wow, tak sabar nak tunggu filem ini,” ujar seorang lagi.

Filem TARUNG: Unforgiven merupakan karya terbaharu arahan Razaisyam Rashid selepas kejayaan filem Pusaka serta fenomena siri Kahar: Kapla High Council yang mendapat sambutan hangat penonton.

Difahamkan, filem aksi tersebut bakal membariskan pelakon hebat tanah air seperti Mierul Aiman, Aedy Ashraf, Bront Palarae, Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah dan ramai lagi. 

Sekadar info, TARUNG: Unforgiven dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.

Anda mungkin berminat dengan

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

TOPTOY Little Black Cat Cute Plush Pendant Doll Doll Girl Gift

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

adidas Football Arsenal 25/26 Home Authentic Jersey Men Red JI9516

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

Yonex OCM 2025 Men's Training Tee 3525

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Must Watch Video

Advertisement