Sekilas
- Filem animasi Papa Zola The Movie meraih kutipan RM43 juta dalam 18 hari tayangan di Malaysia, Singapura, dan Brunei.
- Filem ini akan ditayangkan di 13 negara termasuk Indonesia, Arab Saudi, Turki, dan beberapa negara Timur Tengah mulai Januari 2026.
- Papa Zola The Movie akan dialih suara ke dalam beberapa bahasa seperti Arab, Turki, Vietnam, Hindi, Tamil, dan Inggeris untuk pasaran antarabangsa.
Selepas meraih kutipan sebanyak RM43 juta dalam tempoh 18 hari tayangan pawagam tempatan, filem animasi Papa Zola The Movie kini bersedia untuk ditayangkan pula ke 13 buah negara.
Berjaya menambat hati penonton di Malaysia, Singapura, dan Brunei dengan kisah seorang bapa, filem animasi arahan Nizam Abd. Razak ini turut membuktikan animasi tempatan mampu bersaing di pentas global.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran MD Pictures iaitu Rivki Morais, sambutan hangat ini menjadi bukti serta berjaya meyakinkan pengedar antarabangsa.
Sambutan hangat ini turut meyakinkan.
“Kisah Papa Zola bersifat universal.
“Ia berpaksikan realiti kehidupan yang boleh difahami oleh setiap ibu bapa dan keluarga, menjadikannya mudah diterima di mana-mana pasaran,” katanya.
Sementara itu, Faiz Zainal Aabidin selaku Pengarah Media MONSTA, Faiz Zainal Aabidin turut membuktikan bahawa filem animasi yang sinonim dengan kanak-kanak turut boleh dihayati oleh penonton seluruh dunia.
“Papa Zola The Movie adalah cerita yang mampu berdiri sendiri, yang boleh dihayati oleh penonton di seluruh dunia.
“Papa Zola The Movie akan dialih suara ke dalam bahasa Arab, Turki, Vietnam, Hindi, dan Tamil, selain versi bahasa Inggeris bagi memberikan penghayatan serta cerita Papa Zola lebih dekat dengan keluarga di luar Malaysia,” kongsinya.
Bermula 23 Januari 2026 ini, Papa Zola The Movie bakal menembusi pasaran antarabangsa seperti Indonesia, diikuti Arab Saudi pada April, dan negara-negara Timur Tengah iaitu Bahrain, Oman, UAE, Qatar, serta Kuwait pada Mei.
Tayangan perdana juga dijadualkan di Turki dan India.
Kejayaan ini juga membuktikan Papa Zola The Movie, berjaya menjadi filem animasi tempatan yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Filem ini membuka laluan kepada cerita tempatan yang penuh emosi, naratif yang dekat di hati, dan animasi berkualiti tinggi untuk menembusi pasaran global.
Papa Zola The Movie mengisahkan Papa Zola, seorang bapa yang bekerja keras menyara keluarga kecilnya. Tanpa diduga, dia bertemu semula dengan rakan lama yang pernah berkhidmat bersamanya dalam organisasi rahsia P.A.P.A (Protect and Prevent Agency).
Namun keadaan menjadi genting apabila anaknya, Pipi, diculik makhluk asing. Papa Zola bersama Mama Zila perlu bertindak pantas untuk menyelamatkan Pipi dan melindungi dunia daripada ancaman tersebut.
Filem ini kini ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei. Filem ini bakal melangkah panggung antarabangsa bermula Januari 2026 di Indonesia dan di India, Vietnam dan pasaran Timur Tengah yang merangkumi Arab Saudi, UAE, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar serta Turki pada April 2026.