Skip to main content

Hiburan

Rasa Gusar Sejak Dua Minggu Lalu, Farez Adnan Terus Beli Tiket Ke Makkah - “Hati Nak Sangat Ke Rumah Allah”

Farez Adnan

Sekilas

  • Farez Adnan berkongsi di TikTok tentang keputusannya membeli tiket penerbangan ke Makkah untuk menunaikan umrah secara spontan.
  • Bekas peserta Akademi Fantasia itu merasa gusar dan gelisah sejak dua minggu lalu sehingga tergerak hati untuk ke rumah Allah.
  • Farez turut berdoa agar diberikan rezeki melimpah untuk dirinya dan keluarganya, serta berharap dapat membawa ibu bapanya menunaikan haji kelak.

Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Farez Adnan menyorot perhatian apabila berkongsi ‘kerja gila’ yang dilakukannya.

Menerusi perkongsian di TikTok, bekas peserta Akademi Fantasia ini memaklumkan bahawa nekad membeli tiket penerbangan ke Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah kerana berasa gisar dan gelisah sejak dua minggu kebelakangan ini.

“Kerja gila. Kelmarin tengok tiket penerbangan ke Jeddah, terus beli.

“Tiba-tiba hati ini nak sangat ke rumah Allah.
Gusar je seminggu dua ni,” kongsinya.

Menerusi perkongsian yang sama, Farez turut memanjatkan doa agar dirinya diberikan rezeki bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk membahagia serta menyenangkan kedua ibu bapanya.

“Semoga Allah bagi rezeki melimpah-limpah dengan wang ringgit dan harta benda.

“Sebab saya memang nak kaya, nak bawa mak dan ayah pergi menunaikan haji pula,” kongsinya lagi.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement