Skip to main content

Hiburan

Rasa Seperti Baru Berlaku, Aizat Amdan Akui Masih Terkesan Dengan Pemergian Abang Sulung - “Dia Rebah Di Depan Klinik”

Aizat Amdan

Sekilas

  • Aizat Amdan berkongsi kesedihan kehilangan abang sulungnya, Amir Amdan, yang meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung pada 14 Mei lalu.
  • Amir yang rapat dengan Aizat juga merupakan tunjang utama dalam keluarga serta pengurus pertama kerjaya seni Aizat dan pencetus nama syarikat Kasi Gegar Entertainment.
  • Jenazah Amir telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana dan berita pemergiannya dikongsikan Aizat melalui Instastory.

Penyanyi, Aizat Amdan mengakui kehilangan abang sulungnya, Amir Amdan yang menghembuskan nafas terakhir pada 14 Mei lalu meninggalkan kesan yang mendalam buat dirinya.

Menurut pemilik nama Muhammad Aizat Amdan itu, lebih membuatkan dirinya terasa dengan pemergian tersebut apabila arwah abangnya meninggal dunia sejurus selepas sidang media pelancaran lagu Ajar Aku bersama Sekumpulan Orang Gila (SOG) pada hari yang sama ditambah pula dengan arwah abangnya yang tidak mempunyai sejarah penyakit atau masalah kesihatan yang serius.

“Sejujurnya, saya tidak sangka insiden itu berlaku sejurus selepas sidang media pelancaran lagu Ajar Aku bersama SOG.

“Sampai sekarang saya masih teringat-ingat. Walaupun sudah hampir tiga minggu berlalu, rasanya seperti baru semalam berlaku.

“Bagi saya, kehilangan secara mengejut adalah yang paling menyakitkan. Arwah tidak sakit. Kami tidak nampak sebarang tanda dia mempunyai masalah kesihatan. Memang ajalnya sudah sampai dan itulah yang membuatkan kehilangan itu terasa lebih berat,” katanya kepada Gempak.

Aizat berkongsi perkara tersebut ketika di majkis pelancaran SPOTLIGHT KL CONVENTION CENTRE bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada Khamis.

Mengulas mengenai punca kematian, Aizat berkata arwah pada awalnya pergi ke klinik bagi mendapatkan rawatan selepas mengadu sakit dada sebelum rebah di hadapan klinik berkenaan.

“Sebenarnya, arwah memang tidak mempunyai sebarang penyakit. Tiada tanda-tanda awal atau sejarah keluar masuk hospital. Semuanya berlaku secara tiba-tiba.

“Dia mengadu sakit dada dan pergi ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Namun, dia rebah di hadapan klinik. Saya difahamkan ia berkaitan serangan jantung,” katanya lagi.

Bercerita lanjut, pelantun lagu Hanya Kau Yang Mampu ini memaklumkan hubungannya bersama arwah Amir begitu rapat selepas perpisahan ibu dan bapanya.

Menurut Aizat, Amir yang merupakan anak pertama dalam keluafga memainkan peranan penting dan sering menjadi tempat rujukan adik-beradik lain.

“Apabila Amir pergi, ia memberi kesan besar kerana dia anak sulung dan secara tidak langsung menjadi ketua dalam keluarga kami.

“Namun, dia bukan seorang ketua yang suka mengarah. Dia memimpin dengan caranya sendiri melalui sikap mesra, penyayang dan sentiasa mengambil berat tentang kami,” katanya.

Dalam pada itu, Aizat turut berkongsi bahawa banyak abangnya itu merupakan tunjang utama kepada penubuhan syarikat pengurusan artis miliknya iaitu Kasi Gegar Entertainment.

“Kalau nak diikutkan, nama syarikat saya iaitu Kasi Gegar Entertainment pun daripada arwah. Dialah yang mencadangkan nama itu.

“Malah, dia juga individu pertama yang menguruskan kerjaya saya selepas saya melangkah ke dalam industri seni. Selepas keluar daripada Maestro, dialah yang menjadi pengurus saya,” katanya.

Terdahulu, Amir disahkan menghembuskan nafas terakhir pada 14 Mei lalu.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri Aizat menerusi perkongsian yang dibuatnya di Instastory.

Jenazah kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana pada keesokan harinya.

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

Must Watch Video

Advertisement