Skip to main content

Indonesia

Saman Netizen, Rossa: “Artis Bukan Barang”

Astro Gempak rossa (2)

Sekilas

  • Penyanyi Rossa ambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang muat naik konten fitnah dan menjatuhkan reputasinya.
  • Rossa tekankan kebebasan bersuara perlu disertai kesedaran moral supaya tidak menyakiti perasaan orang lain, termasuk public figure.
  • Rossa ingatkan sosial media jangan dijadikan platform untuk fitnah dan sebarkan kebencian yang boleh merugikan mental dan kariernya.

Penyanyi Rossa menjelaskan alasan mengapa beliau akhirnya mengambil tindakan undang-undang terhadap sebilangan pengguna media sosial yang disifatkan bukan hanya memuat naik konten tidak benar, malah bersifat fitnah sehingga menjatuhkan reputasinya beberapa minggu lalu.

Menurut Rossa, sebagai seorang public figure yang telah lama terdedah dan bergelumang dalam dunia popular, dirinya sedar bahawa setiap orang berhak melahirkan perndapat. Terutama kata Rossa lagi pada zaman media sosial yang cukup meluas, semua pihak menggunakan kuasa kebebasan berpendapat termasuk memberi komen kepada public figur seperti mereka.

Namun, penyanyi Tegar ini mengingatkan bahawa kebebasan tersebut tetap harus datang bersama kesedaran moral.

“Ada yang kata ‘oh kita hanya memberi komen, beri pendapat kerana kebebasan bersuara. Betul, saya setuju itu.

“Tapi jika pendapat tersebut sudah merugikan orang lain jadi kena lihat mana moralnya?”ujar Rossa seperti dilaporkan Kompas.

Tambah ibu tunggal satu anak ini lagi, Rossa mengingatkan bahawa public figure tetap manusia biasa yang boleh terluka oleh kata-kata.

“Subjek yang anda kata atau lontar pendapat itu adalah seorang manusia. Jadi secara tak langsung anda juga menyakiti perasaan orang lain.

“Maka itu bukan lagi hanya ‘cakap-cakap’ semata tapi telah menjadi kepentingan peribadi. Maka ada harganya,” jelas Rossa mengenai keputusannya mengambil tindakan undang-undang.

Bagaimanapun tindakan Rossa mengambil tindakan undang-undang kepada netizen yang disifatkan merugikan mental dan kariernya menerima pelbagai respons. Ada pihak yang berasa sebagai seorang public figure Rossa sepatutnya sudah bersedia dan terbuka menerima kritik dalam kalangan khalayak.

Rossa kemudian dengan tegas menjawab: “Memang artis barang? Jangan sampai sosial media menjadi bahan untuk fitnah dan menyebarkan kebencian. Itu akan menjadi sangat menakutkan.”

Sebelumnya melalui tim undang-undang, Rossa mengambil tindakan tegas dengan meminta pihak yang memainkan konten tidak benar terutama tentang dakwaan pembedahan plastik yang dilakukannya gagal.

Anda mungkin berminat dengan

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

Mofusand x Sanrio Family Plush Mini Keychain - Cute Gift

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

POP MART Angry Molly - Angry Energy Series Plush Pendant Blind Box

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Must-Watch Video

Advertisement